Analisis Teknikal GBP/JPY – Timeframe H1 – 23/11/2018

547

Chart pasangan matawang GBP/JPY turut menunjukkan lonjakan harga yang ketara pada dagangan sesi Eropah semalam. Britain dan Kesatuan Eropah dilihat bergerak seiringan menuju ke fasa terakhir dalam rundingan Brexit menjelang sidang kemuncak pada Ahad ini. Berita positif ini telah meningkatkan kembali keyakinan pelabur terhadap dagangan Sterling. Oleh itu, dilihat pergerakan harga pada chart GBP/JPY, lonjakan sehingga 150 pips kenaikan melepasi ketiga-tiga resistance pada indicator Moshed Magic Line dalam masa kurang 1 jam sahaja. Harga bergerak mendatar pada sesi pasaran New York sekitar paras 145.400 sehingga pasaran ditutup.

Bersambung pada sesi pasaran Asia hari ini, harga masih bergerak mendatar sejak permulaan sesi menyambung pergerakan harga sesi sebelumnya namun harga dilihat membuat sedikit penurunan ke paras Magic Pivot 145.190 menjelang pembukaan sesi pasaran Eropah. Jika harga gagal membuat penurunan melepasi paras Magic Pivot tersebut, jangkaan harga akan menyambung kembali lonjakan harga yang dilakukan semalam dan menuju ke paras resistance 146.136 (MagicR1). Kemudiannya, harga yang meneruskan kenaikannya akan menguji pula paras 146.879 (MagicR2) yang berpotensi menjadi paras SBR (support become resistance) yang baru pada chart GBP/JPY. Dan seterusnya jika momentum lonjakan harga masih dapat dikekalkan, kenaikan harga dijangka boleh mencecah sehingga paras ketinggian di sekitar 147.825 (MagicR3).

Sebaliknya, jika pergerakan harga dilihat menembusi paras Magic Pivot dan menunjukkan tanda-tanda penurunan, jangkaan harga akan turun ke paras support yang terdekat sekitar paras 144.447 (MagicS1). Kemudiannya, harga akan mencari paras terendah yang baru berkemungkinan menuju ke paras support pada 143.501 (MagicS2). Harga yang masih kekal membuat penurunan dilihat akan mencecah paras 142.758 (MagicS3) untuk harga menguji zon major support pada chart GBP/JPY tersebut.

Terus pantau perkembangan Brexit di fasa-fasa akhir rundingan di mana sebarang perubahan bakal memberi impak besar terhadap pergerakan harga dalam pasaran semasa. Teliti paras support dan resistance pada indicator Moshed Magic Line dan lihat keberkesanan paras-paras ini dengan pergerakan harga pada chart GBP/JPY anda.

 

Paras support: 144.447, 143.501, 142.758.

Paras resistance: 146.136, 146.879, 147.825.

 

Anda nak trade ikut analisa kami tapi tak ada akaun forex? Dapatkan $50 Modal Free untuk trading – KLIK SINI

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat