Analisis Teknikal GBP/USD – Timeframe H1 – 12/9/2018

555

Jika dilihat pada chart bagi pasangan matawang GBP/USD semalam, harga telah membuat Higher High terbaru di mana ketinggian tersebut telah melepasi paras ketinggian sebelum ni pada Ogos lalu. Harga dilihat telah melepasi paras resistance 1.30300 sehingga menyentuh resistance pada Magic Line (MagicR1) semalam di 1.3084 sebelum kembali membuat penurunan ke paras daily pivot semalam. Harga membuat sedikit kenaikan pada lewat sesi dagangan New York sebelum pergerakan harga dilihat agak lemah pada sesi pasaran Asia dibuka hari ini. Harga masih berada di bawah paras pivot daily (1.3026) hari ini dan harga semasa bergerak di sekitar paras 1.3000 setakat jam 3.20 petang.

Jika harga menyambung penurunan yang dibuat semalam, jangkaan paras support terhampir yang akan disentuh harga adalah pada paras support MagicS1 di 1.2965 dan seterusnya akan menguji paras 1.2900 (MagicS2) yang juga dilihat sebagai major resistance. Jika harga mampu menembusi (breakout) paras tersebut, harga dijangka akan menuju ke paras support 1.2841 (MagicS3) atau major support di paras 1.28100.

Sebaliknya, jika harga membuat lonjakan dan melepasi paras daily pivot 1.3026, harga berkemungkinan akan menuju ke resistance 1.3089 (MagicR1) yang juga merupakan zon ketinggian yang dicapai semalam. Jika harga dilihat akan cuba membuat Higher High yang baru, paras yang dijangka untuk dicapai adalah pada resistance 1.3149 (MagicR2) atau seterusnya di paras resistance 1.3213 (MagicR3).

Ikuti perkembangan perjanjian Brexit serta ketegangan perang dagang bagi memantau pergerakan bagi pasangan matawang GBP/USD ini. Lihat paras-paras yang menjadi tumpuan pada indicator Moshed Magic Line bagi membantu analisis teknikal anda.

 

Paras support: 1.2965, 1.2902, 1.2841.

Paras resistance: 1.3089, 1.3149, 1.3213.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat