Analisis Teknikal GBP/USD – Timeframe H4 – 29/1/2018

836

Secara keseluruhan, pergerakan GBP/USD secara teknikalnya masih dalam mood bullish(HL,HH,HL,HH) sejak tahun lalu lagi dan mencapai harga tertinggi pada bulan ini pada harga 1.4344. Harga kini mulai membentuk wave bearish di timeframe H1 dan peluang yang boleh diperhatikan adalah ke paras harga yang berpotensi untuk ia retrace/pullback.

Dan jika GBP/USD breakout Key Support harian 1.4090 ia akan mulai membentuk wave bearish dan mencapai ke level support seterusnya iaitu 1.4000 atau ke sekitar 1.3914. Oleh itu, peluang ‘short’ sementara boleh diperhatikan ketika ini dan target ke paras level-level support.

Oleh itu, sebarang penurunan adalah retracement ketika ini dan untuk ‘long’ pula perlu memperhatikan berlakunya signal buy pada sekitar support-support tersebut dan selagi GBP/USD tidak breakout support mingguan 1.3600, mood bullish masih dikuasai. Pasaran juga tertumpu pada ucapan gabenor BOE pada esok hari.

p/s : BOE Carney Speaks pada 11.30pm waktu Malaysia – Selasa/30 Januari 2018

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat