Analisis Teknikal NZD/USD – Timeframe H1 – 28/8/2018

306

Pergerakan harga bagi matawang US dollar semalam dilihat agak perlahan dan sedikit lemah berbanding matawang-matawang utama yang lain. Sentimen semasa yang tidak menyokong kekuatan nilai USD sedikit membuatkan para pelabur agak berhati-hati dalam pasaran. Terbaru, Amerika Syarikat dan Mexico dilaporkan telah mencapai kesepakatan dalam rundingan NAFTA. Presiden Trump sebelum ini telah mengkritik dasar kenaikan kadar faedah di US dan seterusnya Gabenor FED, Jerome Powell dalam ucapannya seperti menginginkan fasa kenaikan kadar faedah yang agak perlahan. Pasaran di dalam keadaan yang agak stabil (risk-on), sedikit sebanyak telah mempengaruhi pergerakan harga bagi matawang NZD. Nilai matawang New Zealand dollar dilihat agak positif dimana sebelum ini laporan jualan runcit suku tahun di New Zealand turut mencatatkan bacaan yang baik daripada jangkaan.

Secara teknikal, pergerakan harga bagi pasangan matawang NZD/USD masih lagi berada di bawah support 0.67100 di mana harga telah menyentuh paras tersebut pada sesi pasaran Asia hari ini sebelum membuat penurunan semula. Sejak sesi pasaran Asia dibuka hari ini, harga dilihat masih bergerak di antara julat harga semalam iaitu di 0.67014-0.66691. Pergerakan harga yang perlahan dan agak mendatar sejak semalam masih belum menembusi (breakout) garisan Moving Average 100 (MA100) dan harga semasa bergerak di sekitar paras 0.66700 setakat jam 4.20 petang. Jika harga berjaya menembusi (breakout) paras resistance 0.67100, resistance terdekat berkemungkinan dicapai harga di sekitar paras 0.67500. Namun, jika harga terus didagangkan lemah, tumpuan adalah paras support 0.66700 dimana jika harga mampu menembusi (breakout) paras tersebut, harga berpotensi mencapai penurunan ke paras support 0.66200.

 

Paras support: 0.66697, 0.66533, 0.66374.

Paras resistance: 0.67020, 0.67179, 0.67343.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat