Analisis Teknikal USD/CAD – Timeframe H1 – 18/12/2018

158

Matawang komoditi dollar CAD terus didagangkan merosot berikutan kejatuhan harga minyak mentah dalam pasaran global. Tambahan lagi, jangkaan data inflasi Kanada yang akan dikeluarkan pada Rabu turut dijangka menurun. Namun, kenaikan harga pada chart pasangan matawang USD/CAD sangat perlahan berikutan matawang USD turut didagangkan lemah. Harga bergerak mendatar di sekitar paras Magic Pivot dilihat menguji paras resistance MagicR1 pada indicator Moshed Magic Line namun harga gagal meneruskan kenaikan ke paras yang lebih tinggi dan menutup harga di sekitar paras tersebut pada penghujung dagangan New York.

Bersambung pada sesi pasaran Asia hari ini, harga bergerak sedikit menurun kemudian mendatar di paras Magic Pivot 1.3400 hari ini sehingga pembukaan sesi pasaran Eropah. Jika harga gagal membuat penurunan melepasi paras Magic Pivot tersebut, harga bakal meneruskan kenaikan ke paras resistance 1.3428 (MagicR1) hari ini sebelum kenaikan seterusnya akan melihatkan harga menguji paras resistance sekitar 1.3449 (MagicR2) di mana paras tersebut telah diuji pada awal Disember ini namun gagal ditembusi. Jika harga berjaya tembusi kenaikan pada paras tersebut, jangkaan harga akan menuju ke paras sekitar 1.3477 (MagicR3) sebelum terus mencari paras ketinggian yang baru pada chart USD/CAD.

Namun jika harga berjaya didagangkan lebih rendah semula dari paras Magic Pivot hari ini di atas faktor nilai matawang USD semakin merosot atau pasaran minyak mentah kembali stabil, harga berkemungkinan turun menuju ke paras support 1.3379 (MagicS1) yang merupakan paras Magic Pivot pada dagangan semalam. Kemudian harga akan menyambung penurunan menuju pula paras tumpuan harga di sekitar paras 1.3352 (MagicS2) dan sedikit lagi penurunan akan melihat akan harga menguji paras support pada dagangan Selasa minggu lalu di sekitar paras 1.3331 (MagicS3).

Terus ikuti perkembangan pasaran minyak mentah global serta data-data ekonomi di Kanada yang terus mempengaruhi perubahan nilai matawang Loonie. Untuk terus memantau pergerakan harga pada chart USD/CAD, gunakan indicator Moshed Magic Line untuk mendapatkan paras support dan resistance terbaik dan memudahkan lagi analisis teknikal anda.

 

Paras support: 1.3379, 1.3352, 1.3331.

Paras resistance: 1.3428, 1.3449, 1.3477.

 

Anda nak trade ikut analisa kami tapi tak ada akaun forex? Dapatkan $50 Modal Free untuk trading – KLIK SINI

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat