Analisis Teknikal USD/CAD – Timeframe H1 – 21/9/2018

315

Setelah konsisten membuat penurunan pada minggu ini, pasangan matawang USD/CAD pada dagangan hari ini dilihat bergerak mendatar di paras support 1.29000. Semalam, harga dilihat cuba membuat penurun lebih rendah dari paras support 1.29000 dan hampir menyentuh paras support MagicS1 pada indicator Moshed Magic Line, namun harga kembali semula bergerak di sekitar paras harga 1.29000 semalam. Pada sesi pasaran Asia hari ni, julat pergerakan harga hanya sekitar 17 pips sahaja dan beberapa kali cuba turun lebih rendah dari paras support 1.29000 namun tidak berjaya. Harga semasa didagangkan pada paras 1.29030 setakat jam 4.26 petang.

Jika CAD terus positif disokong oleh rundingan NAFTA yang optimis, harga berkemungkinan ditekan lebih rendah dari paras 1.29000 menuju ke paras support 1.2879 (MagicS1) dan seterusnya ke paras support 1.2856 (MagicS2). Jika harga masih cuba untuk membuat paras Lower Low yang baru, jangkaan paras yang akan dituju adalah pada paras support 1.2829 (MagicS3) juga berdekatan dengan satu zon major support 1.28150 yang terakhir kali diuji harga adalah pada bulan Mei lalu.

Sebaliknya, jika harga kembali membuat kenaikan, harga dijangka akan bergerak lebih tinggi dari paras Magic Pivot 1.2906 dan menuju ke paras resistance 1.2928 (MagicR1). Seterusnya, jika harga masih meneruskan kenaikannya, harga akan melepasi paras resistance 1.2956 (MagicR2) sebelum harga menguji kembali paras resistance 1.2978 (MagicR3) yang berada pada zon SBR (support become resistance) sebelum ini.

CAD masih dilihat positif dalam pasaran semasa ekoran isu NAFTA yang optimis dan juga disokong oleh harga minyak mentah yang melonjak. Tentukan paras-paras penting yang menjadi tumpuan harga pada chart USD/CAD dengan menggunakan indicator Moshed Magic Line.

 

Paras support: 1.2879, 1.2856, 1.2829.

Paras resistance: 1.2928, 1.2956, 1.2978.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat