Analisis Teknikal USD/CAD – Timeframe H1 – 5/11/2018

216

Di samping pasaran menunggu data pekerjaan NFP di Amerika Syarikat pada dagangan Jumaat lalu, pasaran turut tertumpu terhadap data pekerjaan di Kanada yang dikeluarkan bersama di mana rekod pekerjaan di Kanada hanya mencatatkan pertambahan sebanyak 11.2K lebih rendah dari sebelumnya iaitu 63.3K. Namun begitu, bilangan pekerjaan sepenuh masa mencatatkan kenaikan sebanyak 33.9K dan ini akan turut memberikan impak positif terhadap nilai semasa matawang dollar CAD. Jika dilihat berdasarkan indicator Moshed Magic Line pada chart pasangan matawang USD/CAD untuk dagangan Jumaat lalu, data perkerjaan yang dikeluarkan bersama itu dilihat lebih memihak kepada matawang USD untuk lebih mendominasi di mana harga pada mulanya membuat penurunan kemudian telah kembali membuat lonjakan sehingga ke paras Magic Pivot semula sebelum menutup harga di paras sekitarnya.

Pada sesi pasaran Asia hari ini, harga dilihat bergerak perlahan dan mendatar di sekitar paras harga 1.31070 lebih tinggi dari paras Magic Pivot 1.3091 sehingga dagangan bersambung ke sesi pasaran Eropah. Jika USD terus didagangkan mengukuh, berkemungkinan harga akan membuat kenaikan menuju ke paras resistance yang terdekat yang dilihat pada 1.3134 (MagicR1). Kenaikan harga seterusnya bakal menuju ke paras resistance 1.3162 (MagicR2) untuk harga menguji paras ketinggian harga pada minggu sebelum ini. Seterusnya, jika Loonie terus didagangkan lemah, kesempatan ini akan diambil oleh USD untuk melonjakkan harga dan kenaikan seterusnya dilihat berpotensi untuk mencapai ketinggian sehingga ke paras 1.3205 (MagicR3).

Namun, sebaliknya jika CAD berjaya didagangkan mengukuh berbanding USD semula, harga bakal membuat penurunan semula lebih rendah dari paras Magic Pivot 1.3091 dan menguji paras support pada 1.3063 (MagicS1). Kemudiannya, harga yang berjaya menyambung penurunan dijangka akan menjadikan paras support pada 1.3020 (MagicR2) sebagai destinasi penurunan harga seterusnya. Dan sekiranya harga masih mengekalkan momentum penurunan yang dibuat, harga dijangka akan turun lebih rendah dan menguji paras support 1.2993 (MagicS3).

Berkemungkinan dollar CAD pada minggu ini didagangkan bercampur-campur dan pasaran akan tertumpu pula kepada mesyuarat FOMC pada awal pagi Jumaat ini di mana akan menambahkan lagi tekanan terhadap Loonie jika matawang USD terus mengukuh. Lihat paras-paras yang menjadi tumpuan harga pada chart USD/CAD dengan membandingkan dengan paras yang disediakn pada indicator Moshed Magic Line.

 

Paras support: 1.3063, 1.3020, 1.2993.

Paras resistance: 1.3134, 1.3162, 1.3205.

 

Anda nak trade ikut analisa kami tapi tak ada akaun forex? Dapatkan $50 Modal Free untuk trading – KLIK SINI

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat