Analisis Teknikal USD/CAD – Timeframe H1 – 5/12/2018

342

Setelah bergerak perlahan di sekitar paras support 1.3165, pergerakan harga pada chart pasangan matawang USD/CAD pada dagangan semalam kembali membuat kenaikan setelah dollar USD kembali mengukuh berikutan sentimen pasaran semasa kembali berisiko dan meningkatkan semula permintaan terhadap matawang safe-haven. Sementara itu, tumpuan pasaran pada hari ini terarah kepada pengumuman kadar faedah di Kanada oleh Bank of Canada (BOC) dengan jangkaan BOC akan mengekalkan kadar faedah di paras 1.75% selepas kenaikan pada Oktober lalu. Perkembangan pasaran minyak mentah pula, Menteri Arab Saudi menyatakan masih terlalu awal untuk OPEC mengurangkan pengeluaran minyak dan faktor ini turut menyumbang kepada penyusutan nilai dollar CAD. Oleh itu, harga pada USD/CAD semalam melonjak melepasi paras Magic Pivot sehingga ke paras resistance MagicR1 pada indicator Moshed Magic Line.

Pada sesi pasaran Asia pagi ini, harga dilihat terus menyambung kenaikan pada dagangan semalam dan dilihat menuju ke paras resistance 1.3297 (MagicR1). Kenaikan seterusnya dijangka akan melihatkan harga menguji paras ketinggian harga pada dagangan Jumaat lalu di resistance 1.3332 (MagicR2) sebelum lonjakan lebih tinggi harga berpotensi untuk mencapai paras ketinggian yang baru di paras 1.3398 (MagicR3) mengatasi paras ketinggian semasa pada chart USD/CAD yang dicapai minggu lalu.

Namun, jika harga kembali membuat penurunan lebih rendah dari paras Magic Pivot 1.3230 hari ini, paras awal yang dilihat akan dituju harga adalah pada support terdekat yang berada di paras 1.3195 (MagicS1). Kemudiannya, jangkaan harga akan turun menuju ke paras support 1.3128 (MagicS2) yang berada pada zon RBS (resistance become support) dan sekiranya harga masih meneruskan penurunan, paras support pada 1.3093 (MagicS3) dilihat akan menjadi destinasi tumpuan harga yang seterusnya.

Tumpuan adalah kepada pengumuman kadar faedah di Kanada oleh BOC pada jam 11 malam ini. Terus ikuti perkembangan sentimen pasaran semasa dan juga perkembangan pasaran minyak mentah global yang mana masing-masing memberi impak terhadap matawang greenback dan Loonie. Bandingkan paras harga pada indicator Moshed Magic Line dan juga paras-paras yang menjadi tumpuan harga pada chart USD/CAD untuk melihat keberkesanannya.

 

Paras support: 1.3195, 1.3128, 1.3093.

Paras resistance: 1.3297, 1.3332, 1.3398.

 

Anda nak trade ikut analisa kami tapi tak ada akaun forex? Dapatkan $50 Modal Free untuk trading – KLIK SINI

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat