Analisis Teknikal USD/CAD – Timeframe H1 – 9/10/2018

253

Pergerakan harga pada pasangan matawang USD/CAD semalam dilihat masih konsisten membuat kenaikan dimana harga yang didagangkan lebih tinggi dari paras Magic Pivot pada awal sesi pasaran Asia semalam terus membuat kenaikan sehingga melepasi paras resistance MagicR2 pada indicator Moshed Magic Line. Namun harga dilihat kembali membuat penurunan sehingga ke paras resistance MagicR2 pada sesi pasaran New York sebelum menutup harga di paras sekitarnya.

Pada sesi pasaran Asia hari ini, harga dilihat membuat sedikit kenaikan dan menguji paras Magic Pivot 1.2968 beberapa kali di mana harga semasa masih didagangkan di sekitar paras tersebut setakat jam 2.58 petang. Jika harga membuat penurunan ke paras lebih rendah, paras awal yang dilihat akan dituju harga adalah pada support 1.2925 (MagicS1) sebelum harga menguji paras support 1.29000 yang menjadi paras tumpuan harga sebelum ini. Paras support 1.2892 (MagicS2) dilihat berada lebih rendah dari paras tersebut dan jika harga berjaya melepasi kedua-dua paras ini, jangkaan harga akan membuat penurunan sehingga ke paras 1.2850 (MagicS3).

Namun, jika harga berjaya membuat kenaikan, harga perlu menguji terlebih dahulu paras resistance 1.3001 (MagicR1) sebelum membuat Higher High yang baru. Sekiranya harga berjaya breakout paras tersebut, jangkaan paras ketinggian baru yang akan dicapai harga adalah pada paras resistance 1.3043 (MagicR2). Seterusnya, jika harga masih meneruskan kenaikan yang dibuat, harga bakal menguji paras resistance 1.3077 (MagicR3) yang dilihat berada pada zon ketinggian harga yang dicapai pada akhir September lalu.

Pantau perkembangan isu-isu berkaitan yang memberi kesan terhadap nilai matawang dollar CAD seperti perjanjian USMCA dan juga pasaran minyak mentah global. Tentukan paras-paras terbaik pada chart USD/CAD dengan menggunakan indicator Moshed Magic Line sebagai rujukan harian anda.

 

Paras support: 1.2925, 1.2892, 1.2850.

Paras resistance: 1.3001, 1.3043, 1.3077.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat