Analisis Teknikal USD/JPY – Timeframe H1 – 15/11/2018

217

Sejak dagangan penghujung minggu lalu, harga pada chart pasangan matawang USD/JPY menunjukkan pergerakan harga yang mendatar sehingga awal sesi dagangan semalam. Namun, pada sesi pasaran New York semalam, harga telah membuat penurunan melepasi paras Magic Pivot setelah bergerak di sekitar paras tersebut sejak sesi pasaran Asia lagi. Penurunan harga telah melepasi paras support MagicS1 dan hampir menyentuh paras MagicS2 pada indicator Moshed Magic Line semalam berikutan sentimen pasaran kembali dilihat berisiko semula. Ini adalah berikutan kebimbangan para pelabur terhadap pertumbuhan global, data GDP di Jerman yang perlahan dan juga kemerosotan pasaran minyak mentah dunia. Sentimen pasaran risk-off memberi kelebihan kepada matawang safe-haven terutamanya Yen yang mendapat permintaan dalam pasaran semasa.

Pada sesi pasaran Asia hari ini, harga kembali bergerak perlahan dan menguji paras Magic Pivot 113.640 hari ini namun terlihat gagal menembusi paras tersebut untuk ke paras lebih tinggi. Jika harga kembali menyambung penurunan yang dibuat semalam, jangkaan harga akan menuju ke paras support 113.265 (MagicS1). Kemudiannya, harga akan meneruskan lagi penurunan ke paras support yang berada lebih rendah iaitu sekitar paras 112.927 (MagicS2) sebelum harga bakal menguji paras RBS (resistance become support) pada chart USD/JPY iaitu pada 112.700. Dan sekiranya harga berjaya breakout paras tersebut, destinasi yang menjadi tumpuan harga seterusnya berkemungkinan di paras support 112.552 (MagicS3).

Namun, jika harga berjaya melonjak semula melepasi paras Magic Pivot hari ini dan meneruskan kenaikan lebih tinggi, resistance pada 113.978 (MagicR1) dilihat paras awal yang akan dituju harga. Kenaikan harga seterusnya berkemungkinan akan menuju ke paras resistance 114.353 (MagicR2) di mana harga bakal mengatasi paras ketinggian harga sejak dagangan mendatar minggu lalu. Dan harga yang masih meneruskan pendakiannya dilihat berpotensi untuk mencapai paras ketinggian sehingga 114.691 (MagicR3).

Terus pantau perubahan pada sentimen pasaran semasa yang menjadi faktor utama kepada pergerakan harga pada chart safe-haven USD/JPY ini. Dan untuk analisis teknikal harian anda, gunakan indicator Moshed Magic Line untuk memudahkan anda mengenalpasti paras terbaik untuk posisi dagangan pada chart USD/JPY anda.

 

Paras support: 113.265, 112.927, 112.552.

Paras resistance: 113.978, 114.353, 114.691.

 

Anda nak trade ikut analisa kami tapi tak ada akaun forex? Dapatkan $50 Modal Free untuk trading – KLIK SINI

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat