Analisis Teknikal USD/JPY – Timeframe H1 – 17/10/2018

215

Setelah harga bergerak mendatar di zon support 111.800 pada chart USD/JPY sebelum ini, harga yang gagal membuat penurunan ke paras lebih rendah kemudiannya dilihat kembali membuat kenaikan semula pada dagangan semalam walaupun kadar kenaikan dilihat agak perlahan. Harga telah naik melepasi paras Magic Pivot semalam dan juga resistance MagicR1 pada indicator Moshed Magic Line dan menutup harga di sekitar paras 112.200.

Pada sesi pasaran Asia hari ini, harga yang dibuka lebih tinggi dari paras Magic Pivot 112.102 hari ini bergerak perlahan namun masih menyambung kenaikan yang dibuat semalam menuju ke paras resistance 112.477 (MagicR1). Namun harga kembali membuat penurunan semula pada lewat sesi menuju ke paras Magic Pivot. Jika harga kembali menyambung semula kenaikan yang dibuat, harga berkemungkinan akan menuju ke paras resistance 112.709 (MagicR2) sebelum menguji zon SBR (support become resistance) yang berada sedikit tinggi. Dan jika harga masih mengekalkan momentum kenaikannya, harga dijangka akan menguji paras resistance seterusnya iaitu pada 113.084 (MagicR3) yang turut berada pada zon SBR.

Sebaliknya, jika harga mengalami kejatuhan semula, penurunan yang dibuat harga bakal menguji semula paras support 111.870 (MagicS1) dan pasaran akan menunggu reaksi harga pada paras tersebut. Jika harga terus breakout paras tersebut dan membuat penurunan ke paras lebih rendah mencari paras lower low yang baru, support pada 111.495 (MagicS2) dilihat sebagai paras yang akan menjadi tumpuan harga. Dan seterusnya, harga yang masih meneruskan penurunan akan menuju ke paras support yang lebih rendah yang dilihat berada di 111.263 (MagicS3).

Ketidaktentuan sentimen pasaran semasa yang meningkatkan kebimbangan terhadap para pelabur banyak mempengaruhi pergerakan harga terutamanya matawang safe-haven. Pantau pergerakan harga pada chart USD/JPY dengan berpandukan indicator Moshed Magic Line yang memberikan paras-paras terbaik yang menjadi tumpuan harga.

 

Paras support: 111.870, 111.495, 111.263.

Paras resistance: 112.477, 112.709, 113.084.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat