Analisis Teknikal USD/JPY – Timeframe H1 – 18/10/2018

227

Berdasarkan indicator Moshed Magic Line, harga dilihat telah membuat penurunan ke paras support MagicS1 sebelum melonjak sehingga ke paras resistance MagicR2 pada sesi pasaran New York semalam di mana matawang USD terus mengukuh setelah minit mesuarat FOMC dikeluarkan awal pagi tadi. Sentimen semasa dalam pasaran juga turut dilihat semakin pulih sementara matawang USD dilihat lebih mengukuh berbanding matawang Yen.

Pada sesi pasaran Asia hari ini, harga dilihat bergerak membuat penurunan ke paras Magic Pivot 112.439 hari ini dan masih menguji paras tersebut setakat jam 2.24 petang. Jika harga berjaya ditekankan ke paras lebih rendah, paras awal yang dilihat akan dituju harga adalah pada support 112.208 (MagicS1). Kemudiannya, harga yang meneruskan lagi penurunan dijangka akan ke paras support 111.782 (MagicS2) di mana paras ini dilihat sebagai zon major support yang masih gagal ditembusi harga sebelum ini. Jika harga berjaya breakout paras tersebut, harga bakal membuat paras lower low yang baru dan berkemungkinan ke paras support terdekat iaitu di 111.551 (MagicS3).

Namun, jika USD menyambung siri kenaikan harga yang dibuat semalam, harga bakal melonjak dari paras Magic Pivot 112.439 menuju ke paras resistance 112.865 (MagicR1) yang berada pada zon SBR (support become resistance). Seterusnya sedikit kenaikan lagi bakal melihatkan harga menguji pula paras resistance 113.096 (MagicR2) dan jika harga berjaya melonjak melepasi paras tersebut, harga boleh mencapai kenaikan sehingga ke paras resistance pada 113.522 (MagicR3).

Terus pantau sentimen pasaran semasa yang boleh berubah pada bila-bila masa di tengah ketidaktentuan pasaran buat masa sekarang. Untuk mencari paras support dan resistance terbaik pada chart USD/JPY anda, gunakan indicator Moshed Magic Line supaya memudahkan lagi analisis teknikal harian anda.

 

Paras support: 112.208, 111.782, 111.551.

Paras resistance: 112.865, 113.096, 113.522.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat