Analisis Teknikal USD/JPY – Timeframe H1 – 26/9/2018

246

Secara pandangan teknikal, pergerakan harga bagi pasangan matawang USD/JPY pada dagangan semalam masih mengekalkan konsisten kenaikan yang dibuat sejak beberapa minggu walaupun pergerakan semalam agak sederhana. Harga dilihat beberapa kali menguji paras resistance MagicR1 pada indicator Moshed Magic Line. Pada sesi pasaran Asia hari ini, harga membuat Higher High yang baru walaupun pergerakan kenaikan harga yang dibuat agak perlahan sebelum harga turun ke paras Magic Pivot 112.899. Pada awal sesi pasaran Eropah pula harga telah mula bergerak lebih rendah dari paras Magic Pivot 112.899 dan menguji paras support 112.812 (MagicS1) namun belum berjaya melepasi paras tersebut dan kembali ke paras Magic Pivot 112.899 semula.

Harga dilihat sedang menguji paras Magic Pivot di mana harga berada pada paras 112.88 setakat jam 4.57 petang. Jika harga terus didagangkan lemah, jangkaan harga akan menuju ke paras support 112.649 (MagicS2) selepas berjaya melepasi paras support 112.812 (MagicS1) yang diuji sebentar tadi. Seterusnya, support yang terdekat berada pada paras 112.562 (MagicS3) jika harga masih membuat penurunan.

Sebaliknya, jika USD terus mengukuh, pasaran akan menjangkakan harga akan membuat lonjakan dan jika dilihat pada indicator Moshed Magic Line, berkemungkinan harga akan membuat kenaikan melepasi paras resistance 113.062 (MagicR1) sebelum membuat Higher High yang baru ke paras resistance 113.149 (MagicR2). Dan lonjakan harga dengan momentum yang agak tinggi memungkinkan harga untuk mencapai paras resistance 113.312 (MagicR3) atau lebih tinggi lagi.

Pasaran tertumpu pada pengumuman dasar monetari FOMC pagi nanti sama ada kenaikan kadar faedah akan berlaku seperti yang dijangkakan. Pergerakan volatile (turun-naik) bakal berlaku awal pagi nanti dan dinasihatkan supaya anda mengawal posisi trading anda sebaik mungkin. Perhatikan paras support dan resistance pada indicator Moshed Magic Line yang dlihat sebagai paras yang menjadi tumpuan harga untuk rujukan analisis teknikal anda.

 

Paras support: 112.812, 112.649, 112.562.

Paras resistance: 113.062, 113.149, 113.312.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat