Analisis Teknikal USD/JPY – Timeframe H1 – 7/11/2018

239

Sentimen pasaran semasa yang dilihat semakin pulih bakal terus menjejaskan nilai matawang safe-haven USD dan Yen. Namun, pasaran lebih tertumpu terhadap pilihanraya di Amerika Syarikat yang diadakan pada hari ini di mana USD dijangka akan melemah berikutan jangkaan Parti Demokrasi akan memenangi pilihanraya tersebut. Jika dilihat pergerakan harga pada chart pasangan matawang USD/JPY untuk dagangan semalam, harga yang membuat penurunan pada sesi pasaran Eropah sehingga ke paras Magic Pivot semalam kembali membuat kenaikan semula pada sesi pasaran New York sehingga mencapai paras ketinggian baru di paras resistance MagicR2 pada indicator Moshed Magic Line mengatasi paras ketinggian harga pada minggu lalu.

Pada sesi pasaran Asia hari ini pula, harga dilihat telah membuat penurunan sehingga melepasi paras Magic Pivot 113.178 hari ini dan juga paras support 113.178 (MagicS1) seawal sesi pasaran Asia bermula. Namun, keputusan semasa pilihanraya yang memihak kepada Parti Republik sebentar tadi berjaya melonjakkan semula harga pada chart USD/JPY sehingga harga berjaya melepasi paras resistance 113.585 (MagicR1) dan mencapai paras ketinggian baru di paras resistance 113.752 (MagicR2). Seterusnya, harga kembali membuat membuat penurunan semula sehingga ke paras support MagicS1.

Jika matawang USD terus didagangkan lemah, jangkaan harga akan terus membuat penurunan sehinnga ke paras support 112.938 (MagicS2). Kemudiannya, harga dilihat akan menguji paras support pada paras 112.771 (MagicS3) yang berada berhampiran zon RBS (resistance become support) semasa pada chart USD/JPY. Namun, jika harga berjaya membuat lonjakan semula dan melepasi paras resistance MagicR2, jangkaan harga akan terus mencari paras ketinggian yang terbaru berkemungkinan menuju ke paras 113.992 (MagicR3).

Terus ikuti perkembangan keputusan pilihanraya di Amerika Syarikat dan kesannya terhadap ekonomi dan politik di sana. Beri tumpuan juga terhadap sentimen pasaran semasa yang mempengaruhi nilai pergerakan harga pada chart pasangan safe-haven USD/JPY ini. Jadikan indicator Moshed Magic Line sebagai indicator tambahan pada chart bagi memudahkan analisis teknikal harian anda.

 

Paras support: 113.178, 112.938, 112.771.

Paras resistance: 113.585, 113.752, 113.992.

 

Anda nak trade ikut analisa kami tapi tak ada akaun forex? Dapatkan $50 Modal Free untuk trading – KLIK SINI

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat