Ankara Messi! Juara Piala Dunia 2022 Sertai Metaverse!

407

“Lepas ni, pasukan lain dah boleh slow-slow follow Argentina masuk metaverse

Selepas memenangi kejohanan Piala Dunia 2022 di Qatar, Argentina mengorak langkah baharu untuk mendalami dunia metaverse.

Persatuan Bola Sepak Argentina (AFA) dilaporkan bakal memeterai perjanjian bersama Upland untuk kemunculan pertamanya ke dalam metaverse.

Melalui perjanjian itu, AFA akan membawa Liga Profesional de Fútbol (LPF) menyertai platform metaverse Upland untuk memperkasakan penglibatan peminat antara peminat, pasukan dan pemain bola sepak Argentina.

Selain daripada itu, AFA akan melancarkan koleksi non-fungible token (NFT) yang memperlihatkan pasukan, kelab, pemain, tiket, detik bersejarah dan pelbagai utiliti lain secara digital.

Pelancaran tersebut akan menjadi perkara baharu untuk Upland yang akan menawarkan pemilikan eksklusif bagi video sorotan detik perlawanan LPF kepada para pembeli.

Seterusnya, Upland juga akan membenarkan pengguna memulakan perniagaan maya bagi menjual semula koleksi NFT masing-masing, di mana platform metaverse berfungsi sebagai penawaran pemilikan tanah digital, penciptaan aset serta ekonomi maya.

Suka dimaklumkan juga bahawa pengeluaran koleksi NFT itu bertujuan memberi peluang kepada pemain terbaik Argentina menjana pendapatan baharu melalui para pembeli yang memperdagangkan aset digital tersebut.

Dalam pada itu, dasar perkongsian Upland bersama kelab terbaik Portugal FC dan FIFA turut menjadi penyebab perjanjian dengan AFA dapat dimeterai tanpa rintangan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat