Apa ECB Dah Buat Pada Matawang Euro?

379

Menuju perdagangan hujung minggu, dolar Amerika diniagakan sedikit susut berbanding pesaing utamanya, sementara euro kembali mendaki selepas menjunam ekoran kekecewaan terhadap kenyataan Bank Pusat Eropah (ECB).

Pada mesyuarat polisi ECB yang berlangsung semalam, bank pusat mengesahkan bahawa mereka tidak tergesa-gesa untuk menaikkan kadar faedah. Tidak seperti bank pusat lain, ECB bukan sahaja menolak untuk berbicara mengenai pengurangan (tapering), tetapi mereka juga mengubah panduan mereka untuk membiarkan inflasi yang lebih tinggi.

Walaupun Presiden Christine Lagarde mengatakan terdapat harapan untuk pertumbuhan yang kuat dalam ekonomi Zon Eropah pada suku ketiga, tetapi prospek inflasi menjadi lemah dan varian virus Delta adalah punca kepada ketidakpastian yang semakin meningkat.

Euro diniagakan stabil di sekitar harga $1.1777 berbanding dolar greenback, selepas melalui sesi perdagangan tidak menentu sebelum ini yang telah menyaksikan matawang itu melonjak ke $1.1829 sebelum kembali menjunam pada $1.1757 sebaik sahaja keputusan dasar ECB diumumkan.

Sementara itu, US dolar kembali didagangkan suram selepas meraih keuntungan pada sesi sebelum ini. Pada sesi Asia, indeks dolar diniagakan di sekitar harga 92.79 berbanding sekumpulan matawang utama.

Matawang pound didagangkan lebih tinggi di paras harga 1.37700 berbanding US dolar, dengan tumpuan pasaran kini terarah kepada penerbitan data PMI pembuatan dan perkhidmatan UK dan Zon Eropah pada hari ini.

Selain itu, matawang berkaitan komoditi turut didagangkan stabil selepas meraih manfaat daripada kelemahan US dolar, dengan pergerakan yang terbatas disebabkan kebimbangan terhadap ancaman coronavirus yang masih membelenggu pasaran.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat