Apa Khabar Harga Emas Hari Ini?

721

Logam berharga emas bertahan di atas paras harga $1,800 pada permulaan dagangan awal minggu selepas meraih pemulihan dari paras terendah dua bulan yang dicatatkan minggu lalu pada $1,784 per auns.

Pada awal sesi Eropah, harga emas dilihat berlegar di sekitar paras harga $1,815 per auns, sementara dagangan dolar greenback pula mempamerkan pergerakan mendatar.

US dolar jatuh dari paras ketinggian dua bulan pada hari Jumaat setelah data pekerjaan Amerika Syarikat telah membangkitkan semula kebimbangan pasaran terhadap pemulihan ekonomi perlahan di negara itu.

Namun begitu, penurunan ini gagal memberi rangsangan buat logam kuning untuk meningkat lebih tinggi memandangkan penanda aras hasil perbendaharaan AS 10 tahun masih berada tahap tertinggi sejak Mac tahun lalu.

Selain itu, pasaran yang positif terhadap pengurangan kes jangkitan coronavirus di seluruh dunia terutamanya di Eropah, selain turut disokong oleh pelancaran vaksin Covid-19, juga membataskan kenaikan buat dagangan emas.

Pasaran kini menantikan penerbitan data inflasi AS pada hari Rabu yang dijangka akan memaparkan peningkatan pada bulan Januari.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat