Apalah Malang Nasib Kripto XRP

446

Ketua Pegawai Teknologi Ripple, David Schwartz baru-baru ini mengemukakan satu topik perbincangan di laman media sosial Twitter berkenaan keengganan pihak bank menggunakan XRP sebagai penghubung transaksi rentas sempadan.

Menurut beliau, matawang kripto itu berdepan dengan pelbagai isu dan antaranya termasuklah dasar yang masih belum ditentukan dan kebimbangan dalam persaingan dengan produk lain.

Ekoran daripada itu, penggunaan XRP dilihat begitu terhad dan sukar dipasarkan dengan lebih meluas.

Jelasnya lagi, produk Ripple itu juga merupakan terbaru di pasaran dan menuntut lebih banyak masa untuk mencapai momentum yang bersesuaian.

2020 menyaksikan penyusutan nilai XRP sebanyak 18.6% dan susut lebih 90% dari tahap tertinggi sepanjang masa.

Lebih mengeruhkan keadaan, Paypal dalam tawaran perkhidmatan kripto baru-baru ini tidak memasukkan XRP sebagai pilihan pengguna selain matawang kripto utama seperti Bitcoin (BTC), Ether (ETH), Bitcoin Cash (BCH) dan Litecoin (LTC).

Firma Ripple juga berhadapan dengan tuntutan saman harta intelek di Australia berhubung dengan pembayaran standard, PayID.

Situasi ini menyebabkan impak besar ke seluruh anggota Ripple termasuk pelaburnya.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat