Apple Beli Bitcoin Bernilai $2.5 Bilion?

4,164

Timbul desas-desus yang mengatakan Apple akan mengumumkan pembelian Bitcoin (BTC) bernilai lebih $2.5 bilion!

CEO Chainleak, Joshuwa Roomsburg juga dilihat menyahut khabar yang belum dipastikan ini.

Tidak pasti sejauh mana kebenaran ini, tetapi bukankah gosip seperti ini sudah beberapa kali tular dalam kalangan komuniti kripto?

Lagipun, Apple jarang ‘melibatkan’ diri dalam perkara-perkara yang terlalu kontroversi, lagi-lagi membuat pelaburan di dalam Bitcoin sepertimana yang dilakukan oleh Tesla beberapa bulan yang lalu.

Bagaimanapun, tidak mustahil jika syarikat gergasi ini benar-benar berminat dengan sektor kripto.

Pada 2019, Timbalan Presiden Apple Pay, Jennifer Bailey menyatakan matawang kripto merupakan aset yang menarik dan menjadi fokus mereka pada masa itu.

Terbaru, firma itu sedang ‘mencari’ staf baru yang memiliki latarbelakang dalam industri penyedia pembayaran alternatif seperti wallet digital, BNPL, Fast Payments, matawang kripto, dan banyak lagi untuk mengisi jawatan pengurus pembangunan perniagaan, mengetuai Kerjasama Pembayaran Alternatif.

Jikapun Apple benar-benar berminat dengan matawang kripto, hanya melalui pemasangan fungsi pertukaran kripto dalam Apple Pay Wallet sahaja firma itu mampu menjana $40 bilion! Satu langkah yang jauh lebih selamat berbanding kereta Apple yang sedang diusahakan.

Apa-apa pun, spekulasi ini gagal melonjakkan harga Bitcoin (BTC). Ketika penulisan, raja kripto didagangkan pada $33,165, susut lebih 3% dalam 24 jam.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat