AUD/USD Bakal Terjun Lebih Rendah?

322

Mata wang komoditi didagangkan susut pada awal minggu selepas risiko yang kembali membelenggu pasaran ekoran kebimbangan kemunculan varian baru Coronavirus baru di Eropah.

Dolar Australia kekal bergerak lemah pada sesi Asia hari ini walaupun data jualan runcit Australia untuk bulan November diterbitkan dengan angka yang memberangsangkan.

Pelabur masih berwaspada terhadap risiko virus baru yang berkemungkinan menghalang pemulihan ekonomi setelah agihan vaksin di peringkat awal telahpun bermula.

Pada carta harga bagi pasangan mata wang AUD/USD semalam, harga telah menjunam sehingga 140 pips ketika sentimen berisiko pasaran telah mengukuhkan dagangan US dolar.

Namun setelah penurunan dilihat mencecah paras 0.74600 di zon RBS (resistance become support), harga kembali melonjak semula 130 pips melepasi paras rintangan 0.75700.

Lonjakan harga adalah didorong oleh penyusutan semula US dolar berikutan tumpuan pelabur kembali beralih pada isu pakej rangsangan ekonomi AS yang semakin positif.

Namun sesi Asia hari ini melihatkan harga bergerak perlahan semula di bawah paras 0.75700.

Harga juga turun setelah gagal melepasi paras rintangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam pergerakan harga yang memberi isyarat trend bearish.

Penurunan harga dilihat akan menuju zon sokongan pada 0.75200 sebelum menguji semula paras 0.74600 yang dicecah semalam pada zon RBS.

Jika sebaliknya harga membuat kenaikan semula, paras ketinggian pada zon resistance 0.76500 akan menjadi tumpuan harga.

Lihat gambar carta pasangan mata wang AUD/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat