AUD/USD Kembali Uji Zon SBR 0.70700, Mampukah Harga Brekout Zon Tersebut?

397

Matawang USD menunjukkan sedikit penurunan setelah data jualan runcit yang agak bercampur-campur untuk bacaan Januari yang dikeluarkan semalam. Momentum penurunan dolar AS itu diteruskan selepas laporan pada data pekerjaan NFP pada Jumaat lalu yang mencatatkan kadar pertambahan pekerjaan yang agak rendah.

Pasaran turut memberi tumpuan terhadap perkembangan rundingan dagang antara Amerika Syarikat dan China yang bakal mempengaruhi nilai dagangan USD. Timbalan Perdana Menteri China, Liu He bersama wakil perdagangan AS, Robert Lighthizer dilaporkan masih meneruskan perbincangan isu penting menerusi talian telefon dan dijangka akan mengambil langkah seterusnya ke arah kesepakatan rundingan.

Sentimen positif tersebut turut membuatkan matawang berpulangan tinggi seperti dolar AUD kembali mendapat permintaan dalam pasaran.

Namun, data ekonomi Australia yang dikeluarkan pada sesi pasaran Asia pagi ini sedikit mengganggu Aussie untuk meneruskan pengukuhan nilai dagangannya. Data pinjaman rumah di Australia mencatatkan peningkatan berbanding data sebelumnya, namun angka bacaan masih berada pada tahap yang rendah dan tidak berjaya mengatasi jangkaan kenaikan oleh pasaran.

Pelabur juga akan memberi tumpuan terhadap ucapan oleh Timbalan Gabenor Reserve Bank of Australia (RBA), Guy Debelle yang membincangkan isu perubahan iklim dan ekonomi negara.

Diperhatikan pergerakan harga pada chart pasangan matawang AUD/USD, harga yang mencatatkan paras terendah semasa pada Jumaat lalu kembali membuat kenaikan dan kini kembali menguji semula paras zon SBR (support become resistance) sekitar 0.70700.

Dagangan hari ini yang dibuka sekitar zon SBR tersebut turun menyentuh paras Magic Pivot 0.7056 sebelum kembali semula menguji zon SBR itu namun dilihat kesukaran untuk harga tembus ke paras yang lebih tinggi.

Sekiranya harga berjaya breakout zon SBR tersebut, harga berpotensi membuat kenaikan sehingga 80 pips ke paras sekitar resistance 0.71500 berhampiran resistance MagicR3 pada indicator Moshed Magic Line hari ini.

Namun penurunan harga pula bakal kembali menguji paras support semasa pada chart AUD/USD sebelum ini sekitar 0.7006 (MagicS2) dan berkemungkinan meneruskan penurunan lebih rendah jika paras tersebut berjaya dilepasi harga.

Lihat gambar chart pasangan matawang AUD/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda. Perhatikan paras support dan resistance pada indicator Moshed Magic Line untuk membantu anda membuat keputusan yang tepat dalam dagangan.

Paras support: 0.7036, 0.7006, 0.6989.

Paras resistance: 0.7087, 0.7106, 0.7137.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat