Awas! OneCoin : Skim Penipuan Matawang Kripto Terbesar Yang Masih Beroperasi Hingga Ke Hari Ini!

1,220

Pada zaman teknologi canggih ini, terdapat pelbagai cara yang dijalankan oleh individu tidak bertanggungjawab untuk mendapatkan wang khususnya melalui penipuan. Oleh yang demikian, kita mestilah sentiasa berhati-hati dan bertindak dengan bijak apabila menjalankan apa-apa urusniaga.

Berikutan dengan dunia matawang kripto yang semakin berkembang, terdapat ramai individu yang menjadi mangsa kepada skim penipuan matawang tersebut. Daripada ingin menjana pendapatan tambahan melalui untung yang diperolehi, segalanya lesap begitu sahaja gara-gara terpedaya dengan scammer.

Salah satu skim penipuan yang masih aktif beroperasi hingga ke hari ini ialah OneCoin. Selain itu, ianya merupakan skim terbesar yang mempunyai wang kira-kira €4 bilion dan €100 juta yang didapati di United Kingdom sahaja serta berjaya memperdaya individu dari seluruh dunia.

Selain itu, OneCoin mendakwa bahawa ianya pembunuh kepada Bitcoin dan bakal menjadi matawang kripto nombor satu dunia. Hakikatnya, One Coin tidak pernah memiliki blockchain dan hanya beroperasi sebagai skim piramid. Persoalannya, bagaimanakah skim ini menjalankan operasinya?

OneCoin kebiasaannya menfokuskan kepada golongan yang kurang berpendidikan atau tidak mahir dalam matawang kripto dan teknologi. Di samping itu, mereka menggunakan istilah matawang kripto yang sebenar dan mengutarakan idea yang sama dengannya. Sebagai contoh, para pelanggan dapat menggunakan OneCoin melalui akses internet di telefon pintar masing-masing.

Tambahan daripada itu, ianya berkembang dengan pesat dan meraih populariti melalui medium media sosial yang menfokuskan masyarakat massa hingga ke peringkat antarabangsa.

Seterusnya, OneCoin mendakwa bahawa mereka mempunyai lebih daripada 2 juta pengguna menjelang 2016, iaitu lebih banyak berbanding matawang kripto yang lain. Malangnya, ia adalah sebuah kenyataan yang penuh dengan tipu helah dan muslihat.

Tambahan daripada itu, ianya juga mengeluarkan satu kenyataan bahawa mereka memiliki modal pasaran sebanyak $4.5 bilion.

Bukan itu sahaja! Skim penipuan tersebut mendapatkan wang melalui penjualan pakej pembelajaran yang disertakan dengan ‘mining tokens’. Kedua-dua bahan ini akan dimasukkan ke dalam sistem mining dan memberikan anda satu OneCoin.

Sedangkan anda hanya membeli medium pembelajaran sahaja tanpa wujudnya token atau OneCoin! Hingga ke hari ini OneCoin masih bergiat aktif di laman youtube dengan menyiarkan beberapa video untuk membela diri dan menyanggah dakwaan bahawa ianya adalah sebuah skim penipuan.

Uniknya, meskipun telah ramai dalang di sebalik skim ini tertangkap, namun ianya masih beroperasi hingga kini.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat