Bakal ‘Tumpaskan’ Ethereum (ETH)? Rangkaian Dogecoin Berjaya Hasilkan NFT Pertama!

3,312

Pencipta blockchain Dogecoin berjaya hasilkan non-fungible token (NFT) pertama pada awal minggu ini.

Keterujaannya dikongsi dalam laman Twitter rasmi di bawah nama pengguna @inevitable360:

Menurutnya, kos perlombongan NFT tersebut cuma bernilai 0.01 DOGE, iaitu sekitar $0.0018 (RM0.0076).

Malah, penghasilannya pula melibatkan SHA-256 dan boleh disimpan di Checksum sebagai fail JPG.

Berdasarkan respons yang diterima, komuniti Dogecoin teruja dengan perkembangan ekosistem ini kerana tidak mustahil ia akan menjadi game changer, sekaligus mengatasi Ethereum yang terkenal dengan kos perlombongan NFT yang sangat tinggi.

Ye la, jika dibandingkan dengan kos penghasilan NFT di Ethereum, bezanya menelan sehingga ratusan dolar. Tetapi di Dogecoin, tidak sampai pun $1.

Tetapi pengasas utama Dogecoin, Michi Lumin ada mencadangkan penghasilan NFT tanpa kos gas dan penggunaan tenaga yang tinggi.

Wow. Menariknya idea ini! Kalau betullah dapat direalisasikan..maka mungkin selamat tinggal Ethereum?

Ketika penulisan, DOGE didagangkan pada $0.18, susut 0.64% dalam 24 jam.

Belajar lebih mendalam tentang NFT bersama Team INTRADAY.my, jom sertai group telegram INTRADAY.NFTKlik di sini untuk sertai.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat