Bank Malaysia Nak Buat Aplikasi ‘MySejahtera’ Versi Kripto Ke?

727

Kenanga Investment Bank Berhad, salah satu bank pelaburan swasta terbesar di Malaysia dengan lebih daripada 500,000 pelanggan telah beralih secara pantas ke perdagangan mata wang kripto sebagai sebahagian daripada tawaran perbankan.

Syarikat besar tersebut berjaya membuat perjanjian bersama teknologi China Ant Group dalam melancarkan wallet mesra kripto dan aplikasi perdagangan.

Sehubungan itu, Kenanga telah menandatangani memorandum persefahaman dengan Ant bagi membangunkan aplikasi Malaysia yang dikategorikan sebagai aplikasi super.

Di bawah syarat perjanjian mengatakan unit teknologi digital Ant akan menyediakan Kenanga dengan mPaaS iaitu platform pembangunan mudah alih berasal daripada aplikasi AliPay yang digunakan oleh banyak perniagaan bagi membina aplikasi baharu serta mengoptimumkan prestasi aplikasi sedia ada.

Menurut presiden teknologi digital Ant Geoff Jiang, mPaaS mampu menyokong Kenanga dalam menyepadukan pelbagai produk dan perkhidmatan ke dalam SuperApp.

Selain itu, tujuan SuperApp direka adalah untuk menyepadukan perkhidmatan kewangan melalui perdagangan saham, pengurusan pelaburan digital, perdagangan kripto, digital wallet, pertukaran matawang asing dan lain-lain ke dalam satu platform supaya lebih mudah diakses.

Ikhtisar, Kenanga mula bereksperimen dengan perkhidmatan kewangan digital pada lima tahun lalu dan ini akan membawa pertumbuhan syarikat ke peringkat seterusnya kerana Kenanga merupakan pemain aktif dalam industri kripto serta melabur dalam pengendali pertukaran kripto tempatan seperti Tokenize Technology pada 2021.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat