Sekelip Mata! Harga Minyak Dunia Kembali Ke $100 Setong

340

Jangkaan pengetatan dalam bekalan telah mendorong dagangan komoditi hitam lebih tinggi, menyaksikan minyak mentah Brent kembali ke paras harga $100 setong.

Ini susulan kenyataan Arab Saudi pada awal minggu yang memberi amaran mengenai kesediaan OPEC untuk mengurangkan pengeluarannya bagi menangani ketidaktentuan pasaran.

Ekoran itu, harga minyak mentah telah melonjak lebih 6% pada minggu ini selain turut mendapat sokongan tambahan daripada pengurangan yang dicatatkan dalam bekalan minyak mentah Amerika Syarikat.

Pada sesi Asia, niaga hadapan WTI Amerika Syarikat didagangkan lebih tinggi pada $95 setong, manakala dagangan minyak Brent pula meningkat pada $101 setong.

Dalam laporan berasingan, sumber OPEC memberitahu bahawa sebarang pemotongan berkemungkinan bertetapan dengan pengembalian minyak Iran ke pasaran.

Iran berkata ia sedang mengkaji tindak balas AS terhadap teks ‘akhir’ Kesatuan Eropah (EU) untuk menghidupkan semula perjanjian nuklear 2015 yang boleh membawa lonjakan eksport minyak dari Tehran.

Negara itu juga dilaporkan akan berusaha untuk menggantikan minyak Rusia di Eropah, manakala Moscow cuba menarik perhatian negara Asia untuk mendapatkan kontrak minyak jangka panjang dengan diskaun yang tinggi.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat