Benarkah Matawang Ini Tak Senang Duduk Menjelang NFP? Anda Nilai Sendiri!

50

US Dollar goyah berbanding yen dan euro pada Khamis menjelang NFP yang bakal dikeluarkan Jumaat bagi potensi kenaikan kadar.

USD/JPY, 30 minit
USD/JPY, 30 minit

Berbanding yen, US Dollar susut 0.2% selepas harga minyak mengheret turun saham Wall Street pada Rabu.

Pada minggu ini, US Dollar telah meninggalkan yen kira-kira 1.5% berikutan ucapan Yellen pada Jumaat lepas menghidupkan semula prospek kenaikan kadar dalam masa terdekat.

Semalam, US Dollar menunjukkan kemajuan ke paras tertinggi dalam tempoh sebulan selepas data pekejaan ADP menunjukkan peningkatan.

Euro ketika ini berada pada paras stabil seteleh rebound pada hari Rabu.

Pun begitu, US Dollar masih menunjukkan prestasi yang baik berbanding matawang komoditi yang lain berikutan kejatuhan mendadak harga minyak mentah.

Harga minyak mentah jatuh kira-kira 3% pada Rabu selepas peningkatan jumlah pelantar mengejutkan pasaran.

Anda dah baca 3 Pesanan Penting Pengasas Amazon.com ini

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat