Bitcoin (BTC) Berkait Rapat Dengan Pergerakan Saham? Ini Ulasan Pakar

588

‘Dengar macam betul tapi kena buat banyak kajian lagi ni.’

Pakar akhirnya menemui perkaitan (hipotesis) antara pergerakan mata wang kripto dengan pasaran ekuiti yang boleh dijadikan sebagai pantauan dalam aktiviti melabur saham.

Perkara tersebut ditemui Mark Mobius, pengasas bersama Mobius Capital Partners yang memiliki  pengalaman lebih 30 tahun di Franklin Templeton Investments, dengan mengatakan bahawa sentimen pasaran ekuiti berkait rapat dengan pergerakan Bitcoin (BTC).

Jelas beliau dalam satu temu ramah mengesahkan bahawa mata wang kripto adalah kayu pengukur kepada sentimen pelabur.

Mobius telah memetik contoh bila mana BTC mengalami penurunan, maka pada hari berikutnya indeks Dow Jones juga jatuh.

Ia jelas menunjukkan sebuah corak dengan BTC merupakan indikator utama dalam pergerakan tersebut, tegas Mobius.

Berdasarkan hipotesis tersebut, konkulasi yang boleh dicapai adalah apabila pelabur institusi sudah ‘menyerah kalah’ dan berhenti meletakkan wang dalam pasaran merupakan masa terbaik untuk membeli saham.

Tambah beliau lagi, selagi pelabur BTC masih mengharapkan ‘buy the dip’ maka ia bermakna pasaran masih belum mencapai lantai lagi.

Dalam pada itu, pegerakan BTC dan saham global dilihat berkorelasi positif tahun ini.

Ketika pasaran kripto mengalami kejatuhan mendadak dengan BTC susut 70% setakat tahun ini ekoran kebimbangan kemelesetan, kebetulan pasaran ekuiti juga mengalami bearish apabila indeks MSCI turut menjunam akibat masalah bekalan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat