Brexit: Gbp/Usd Jatuh Ke Paras Terendah Tujuh Minggu Lalu

57

Pound Sterling jatuh ke paras terendah sejak tujuh minggu yang lalu selepas data perbelanjaan pengguna di UK yang semakin lemah. Hal ini meningkatkan kebimbangan kepada ekonomi Britain yang semakin perlahan dalam masa yang sama kerajaan bersedia untuk memulakan proses formal mengeluarkan Britain dari Kesatuan Eropah (EU).

Selepas pengundian Brexit Jun 2016, data perbelanjaan pengguna di UK menunjukkan pengukuhan yang tidak dijangka dalam beberapa bulan selepas itu yang mengejutkan para penganalisis ekonomi.

Dalam masa yang sama kejatuhan nilai Pound (GBP) sebanyak hampir 20 peratus berbanding US dolar sejak undian tersebut telah banyak menyumbang kepada kenaikan inflasi. Data terbaru yang dikeluarkan menunjukkan pengguna di UK kini semakin merasai bebanan kenaikan harga tersebut.

Gbp/Usd jatuh ke paras $1.2183 dalam dagangan pagi di London yang juga merupakan paras terendah sejak tujuh minggu lalu dan kini dagangan telah mencapai paras terendah 1.2168.

Penganalisis matawang di BMO, Stephen Gallo berkata, “Perkembangan semasa sehingga proses formal Brexit memberi impak negatif, di mana data terkini juga menunjukkan pertumbuhan yang semakin perlahan pada suku pertama tahun ini.”

Perkembangan politik di Britain juga telah banyak memberi tekanan kepada matawang Gbp beberapa minggu ini dengan isu referendum kemerdekaan Scotland yang semakin hangat diperkatakan. Kejatuhan kerajaan Ireland dan potensi penangguhan perancangan Brexit Theresa May juga memberi ketidaktentuan kepada pelabur-pelabur.

House of Lords di Parlimen UK pada hari ini dijangka akan cuba memaksa kerajaan memberikan kuasa penetapan terma kepada pembuat undang-undang (lawmaker) yang berkaitan dengan terma-terma Brexit.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat