BTC Gagal Pertahankan Lonjakan, Halatuju BTC Selepas Ini Jadi Tanda Tanya!

1,327

Semalam Bitcoin (BTC) sekali lagi berhadapan dengan episod malang apabila fasa menghijau hanya bertahan sebentar sahaja sebelum pasaran mula mencairkan pegangan mereka. Jumlah pasaran kripto telah kehilangan $80 juta dalam episod malang tersebut.

Bitcoin lagi sekali gagal apabila percubaannya untuk mengekalkan julat $32,000 tidak kesampaian. Justeru, harga BTC telah jatuh dengan ketara dalam tempoh 24 jam yang lalu, iaitu penurunan 5% kepada $29,539. Namun disisi lain, terdapat juga beberapa faktor yang menggalakkan sebarang kenaikan harga dalam jangka pendek.

Sebaliknya, penunjuk teknikal menunjukkan bahawa BTC boleh merosot ke bawah $24,000 dalam beberapa minggu akan datang. BTC dijangka menyaksikan peningkatan tekanan jualan menjelang data utama inflasi A.S. yang akan dikeluarkan minggu ini.

Faktor lain, seperti peningkatan pengawasan kawal selia terhadap pasaran kripto juga berpotensi untuk menggalakkan jualan dan secara tidak langsung mendorong lebih banyak kerugian untuk BTC.

Menurut segelintir penganalisis kripto antaranya SmartContracter BTC sedang didagangkan pada struktur yang ‘bearish’, dimana corak dagangan cederung untuk mendorong kerugian yang lebih banyak.

Tambah beliau, kebarangkalian terburuk ialah BTC boleh jatuh ke paras $24,000 dan dalam masa yang sama ia boleh jadi peluan pembelian. Bukan itu sahaja, BTC juga berkemungkinan berkelakuan corak yang sama dengan 2018 dengan the Fed akan menaikkan kadar sebelum tamat tahun 2022. Lebih banyak kenaikan kadar dijangka akan melemahkan pembelian kripto.

Data inflasi A.S. bagi bulan Mei, yang dijadualkan pada Jumaat ini, dijangka memainkan peranan teras dalam menentukan sentimen pasaran pada minggu-minggu akan datang.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat