Bursa Berjaya Dibuka Tinggi Dari Kejatuhan Mengejut Semalam

184

Sesi dagangan Bursa Malaysia memperlihatkan sedikit lonjakan pada pagi ini dengan kemunculan aktiviti bargin-hunting selepas ia ditutup di bawah parah rendah 2 tahun semalam.

Pada jam 9 pagi, penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 2.44 mata pada 1,423.29 daripada penutupan hari Rabu pada 1,420.85.

Indeks dibuka kukuh 0.19 mata pada 1,421.04.

Di pasaran meluas, kaunter untung pada 98 mengatasi kaunter rugi pada 89, manakala 187 kaunter pula tidak berubah, 1,850 tidak didagangkan dan 7 digantung.

Jumlah perolehan pada 76.8 juta unit bernilai RM41.18 juta.

Naib Presiden penyelidikan ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd, Thong Pak Leng dalam notanya menyatakan aktiviti bargin-hunting akan muncul pada saham perbankan sementara saham perladangan dijangka kekal menyusut dengan harga minyak sawit mentah masih menurun.

Rentetan itu, KLCI dijangka berlegar dalam trend antara julat 1,415 ke 1,430.

Saham berwajaran tinggi menyaksikan Malayan Banking Bhd (Maybank) capai 3 sen pada RM8.65, CIMB Group Holdings Bhd naik 3 sen pada RM5.13, Public Bank Bhd, Petronas Chemicals Group Bhd dan IHH Healthcare Bhd kekal pada RM4.39, RM8.65 dan RM6.38 sementara Tenaga Nasional Bhd (TNB) jatuh 2 sen pada RM7.92 dan Press Metal Aluminium Holdings Bhd susut 1 sen pada RM4.50.

Saham aktif memperlihatkan Datasonic Group Bhd tambah 1 sen pada 45 sen, Matang Bhd dan Dagang NeXchange Bhd (DNeX) kekal pada 9.5 sen dan 75.5 sen, Seng Fong Holdings Bhd yang membuat penampilan pertama turun 4 sen pada 71 sen, Hibiscus Petroleum Bhd kurang 4.5 sen pada 88 sen dan Eduspec Holdings Bhd jatuh 0.5 sen pada 1.5 sen.

Di papan indeks, indeks FBM Emas mengumpul 14.36 mata pada 10,118.91, indeks FBM Emas Shariah menambah 13.35 mata pada 10,162.06, FBM 70 mencapai 7.82 mata pada 12,181.09, indeks FBMT 100 memacu 14.47 mata pada 9,876.91 dan FBM ACE meningkat 4.33 mata pada 4,631.05.

Segi sektor, indeks Perkhidmatan Kewangan mengembang 16.09 mata pada 16,081.85, indeks Industri Produk dan Perkhidmatan melemah 0.44 mata pada 175.04 dan indeks Perladangan meraih 34.77 mata pada 6,506.56.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat