Bursa Buka Tinggi Di Sebalik Sentimen Pasaran Berisiko

137

Pada jam 9 pagi penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 0.65 mata pada 1,599.57 daripada penutupan Isnin pada 1,598.92.

Indeks dibuka kukuh 2.74 mata pada 1,601.66.

Ia dibuka tinggi dalam mod dagangan berhati-hati selepas mengambil maklum prestasi keuntungan di Wall Street hasil dorongan saham teknologi dan potensi lebih banyak sekatan terhadap Rusia.

Di pasaran meluas, pelabur menyaksikan kaunter untung mengatasi rugi dengan 258 berbanding 100, manakala 250 kaunter pula tidak berubah, 1,629 tidak didagangkan dan 10 digantung.

Jumlah perolehan pada 153.2 juta unit bernilai RM76.27 juta.

Nota Malacca Securities Sdn Bhd menyatakan prestasi KLCI lemah berbanding rakan serantau kerana indeks utama didagangkan di bawah 1,600 semasa aktiviti pengambilan untung dalam saham wajaran tinggi terpilih pada Isnin.

Tambahnya, pasaran dijangka kekal tidak menentu dalam tempoh terdekat sementara pelabur terus memantau krisis Rusia, namun risiko penurunan harus diimbangi oleh aliran masuk asing berterusan.

Selain itu, penerimaan Kesatuan Eropah (EU) terhadap sijil vaksinasi Covid-19 Malaysia mungkin memberi petanda baik untuk sektor penerbangan dan saham teknologi terpilih mungkin didagangkan positif seiring pergerakan Nasdaq semalaman.

Saham berwajaran tinggi menyaksikan Malayan Banking Bhd (Maybank) tambah 2 sen pada RM8.98, Petronas Chemicals Group Bhd (PetChem) dan IHH Healthcare Bhd capai 1 sen pada RM9.71 dan RM6.29 sementara Public Bank Bhd dan CIMB Group Holdings Bhd padam 1 sen pada RM4.69 dan RM5.29.

Saham aktif memperlihatkan BCM Alliance Bhd dan Techna-X naik 0.5 sen each pada 4 sen dan 8.5 sen, Pappajack Bhd tambah 1.5 sen pada 47.5 sen sementara Sapura Energy Bhd dan Top Builders Capital Bhd kekal pada 4 sen and 2 sen.

Di papan indeks, indeks FBMT 100 mencapai 17.62 mata pada 11,161.83, indeks FBM Emas menambah 20.27 mata pada 11,500.43, indeks FBM Emas Shariah memacu 46.80 mata to 12,126.33, FBM 70 meningkat 75.24 mata pada 14,016.34 dan FBM ACE mengumpul 7.66 mata pada 5,778.72.

Segi sektor, indeks Industri Produk dan Perkhidmatan mencanak 1.05 mata pada 208.46, indeks Perladangan memuncak 38.28 mata pada 8,118.60 sementara indeks Perkhidmatan Kewangan menyusut 26.96 mata pada 16,795.11.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat