Bursa Malaysia Dibuka Lebih Tinggi Lagi Pada Awal Minggu

171

Pada jam 9.55 pagi penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) melonjak 4.09 mata pada 1,535.28 daripada paras penutupan Jumaat pada 1,531.73 selepas didorong oleh permintaan belian berterusan untuk saham wajaran berat terpilih dan sejajar dengan prestasi positif oleh beberapa pasaran positif serantau.

Indeks dibuka 2.48 mata lebih tinggi pada 1,534.21.

Walau bagaimanapun, pasaran meluas menyaksikan kerugian atasi keuntungan dengan 349 berbanding 320 manakala 387 kaunter tidak berubah, 1,233 tidak didagangkan dan 27 digantung.

Perolehan jumlah pada 912.31 unit bernilai RM475.94 juta.

Nota yang dikeluarkan oleh Malacca Securities Sdn Bhd menyatakan momentum positif tersebut adalah hasil daripada pasaran saham Amerika Syarikat yang memperlihatkan para pelabur menyambut baik pemulihan pasaran pekerjaan serta data positif mengenail pil Covid-19 sehingga terkesan ke bursa tempatan untuk jangka panjang.

Tambahnya lagi, KLCI menamatkan minggu ini dengan keuntungan kecil kerana aktiviti buruan saham rendah pada saat akhir tetapi sentimen pasaran yang lebih luas masih dinilai negatif.

Maka para pelabur mungkin memberi lebih perhatian kepada syarikat yang pada asasnya kukuh dengan prospek pendapatan sebelum musim pendapatan akan datang seperti saham teknologi.

Saham wajaran berat menyaksikan Malayan Banking Bhd (Maybank) dan CIMB Group Holdings Bhd bertambah 1 sen setiap satu pada RM8.02 dan RM5.08 sementara Public Bank Bhd, Petronas Chemicals (PetChem) dan IHH Healthcare kekal pada RM 4.03, RM8.30 dan RM6.58 masing-masing.

Saham aktif memperlihatkan Ecomate Holdings Bhd naik 17 sen pada 50 sen, NWP Holdings Bhd tambah 3.5 sen pada 35.5 sen dan CSH Alliance Bhd menokok 1 sen pada 12.5 sen sementara Ta Win Holdings Bhd susut 0.5 sen pada 14.5 sen.

Di papan indeks, indeks FBM Emas meningkat 13.24 mata ke 11,377.37, indeks FBMT 100 bertambah 13.04 mata ke 11,003.97 dan indeks FBM Emas Shariah menokok 12.65 mata ke 12,424.39 manakala FBM ACE susut 54.25 mata ke 7,070.24 serta FBM 70 turun 25.18 mata ke 15,067.34.

Indeks Industrial Products and Services bertambah 0.38 mata ke 209.94, indeks perladangan berkembang 26.43 mata ke 6,753 dan indeks perkhidmatan kewangan memacu 5.59 mata ke 15,172.47.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat