Bursa Malaysia Kembali Pulih Setelah Saham Harga Rendah Terus Diburu

168

Dagangan Bursa Malaysia dibuka tinggi pada hari ini setelah membuat penurunan yang mendadak pada minggu lalu.

Faktor ini juga didorong oleh aktiviti buruan nilai saham rendah yang muncul susulan sentimen pasaran yang kian meningkat pulih.

Pada 9.06 pagi, penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) melonjak 2.54 mata kepada 1,497.14 berbanding 1,494.6 semasa ditutup pada Jumaat.

Lapor Bernama, indeks utama itu dibuka 2.79 mata lebih tinggi kepada 1,497.39.

Melihat kepada pasaran meluas, kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 217 daripada 181, manakala 273 kaunter tidak berubah, 1,501 tidak diniagakan dan 11 yang lain digantung.

Jumlah dagangan berjumlah 236.56 juta unit bernilai RM108.34 juta.

Kebimbangan terhadap tindakan tegas di China dilihat semakin berkurangan dan menyokong semula sentimen di pasaran untuk meningkat yang mana pada minggu lalu ia telah menyebabkan ekuiti Asia susut ke paras terendah tujuh bulan.

Bagi saham wajaran tinggi, Maybank naik dua sen kepada RM8.03, TNB tidak berubah kepada RM9.64, manakala Public Bank dan CIMB masing-masing menambah satu sen kepada RM3.99 dan RM4.46.

Selain itu, Petronas Chemicals susut tiga sen kepada RM8.01 dan IHH Helathcare turun enam sen kepada RM5.58.

Bagi saham aktif, M3 Technologies (Asia) jatuh 1.5 sen kepada lima sen, Datasonic Group naik 2.5 sen kepada 48.5 sen dan Resintech meningkat 15.5 sen kepada 75 sen, manakala MAG Holdings tidak berubah pada 19 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas ‘meroket’ 32.13 mata kepada 11,005.6, Indeks FBMT 100 naik 28.8 mata kepada 10,710.05 dan FBM 70 melonjak 80.67 mata kepada 14,598.96.

Indeks FBM Emas Shariah naik 37 mata kepada 12,086.08 dan FBM ACE susut 6.43 mata kepada 7,134.16.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan melonjak 37.06 mata pada 14,718.52, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian turun 0.09 mata kepada 187.11 dan Indeks Perladangan jatuh 6.64 mata menjadi 6,032.4.

Di samping itu, perdagangan saham Pecca Group Bhd diberhentikan dari jam 9 pagi hari ini sementara menantikan pengumuman penting.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat