Cardano (ADA) Susut Ke Paras Terendah 3 Bulan, Apa Dah Berlaku?

1,357

Cardano (ADA) mencatatkan penyusutan ke paras terendah 3 bulan semalam, $1.6 sejak 9 Ogos 2021.

Ini menjadikan penyusutan kumulatif sebanyak 48% dari paras tertinggi sepanjang masa (ATH), $3.09 pada 2 September.

Apa yang berlaku?

Dikhabarkan eToro akan menyahsenaraikan mata wang kripto ADA dan Tron (TRX) untuk perdagangan kripto bermula 25 Disember.

Manakala sokongan untuk aktiviti staking ADA dan TRX akan mula dihentikan pada 31 Disember.

Keputusan tersebut diambil susulan daripada situasi perundangan yang semakin meluas terhadap pelabur kripto.

eToro menampung sebanyak 1% daripada jumlah dagangan ADA sejak 24 jam yang lalu. Tetapi berita ini telah menyebabkan penyusutan harga ADA yang mendadak sehingga 9%!

Sementara TRX pula menanggung penyusutan sebanyak 6% pada hari yang sama.

Tenang! Jangan panik.

Pengasas Cardano, Charles Hoskinson cuba ‘selamatkan’ harga ADA dalam twit terbarunya: “ADA masih ada di eToro dan pelabur luar AS masih bebas untuk melabur.

Mujurlah pada hari ini, harga ADA menunjukkan sedikit peningkatan. Ketika penulisan, ADA didagangkan pada $1.7, meningkat 0.6% dalam 24 jam.

Tetapi jika dilihat kepada prestasi Cardano sejak kehadiran kontrak pintar melalui hard-fork Alonzo pada September, ADA tidak menunjukkan perkembangan yang diharapkan komunitinya.

Mungkin ia masih memerlukan masa sebelum kesan kehadiran kontrak pintar benar-benar serlahkan potensi platform ini, menandingi Ethereum, Solana, dan Binance Smart Chain (BSC).

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat