Caring Pharmacy Bakal Dilepaskan, Saham 7-Eleven Malaysia Susut 5%

283

‘Alamak kena pergi shopping 7-Eleven ke ni baru saham dia naik?’

Syarikat pengendalian kedai serbaneka 7-Eleven (M) Holdings Bhd menyaksikan sahamnya susut sebanyak 5% selepas laporan menyatakan ia akan menjual rangkaian farmasinya, Caring Pharmacy Group Bhd.

Ketika sesi pembukaan Bursa Malaysia, kaunter 7-Eleven didagangkan RM1.60 sebelum ia menjunam ke paras serendah RM1.55 sekitar 10 pagi tadi.

Semasa sesi tengah hari pula sahamnya menurun 5 sen atau 3.13% pada RM1.55 dengan volum dagangan sebanyak 3.12 juta saham bertukar tangan.

Menyingkap rekod, 7-Eleven dilaporkan dalam usaha untuk melupuskan Caring Pharmacy pada nilai sekitar $400 juta atau RM1.78 bilion.

Difahamkan 7-Eleven dengan penasihatnya sedang berunding dengan beberapa pihak dari Jepun yang berminat untuk memperolehi rangkaian farmasi tersebut.

Sebagai makluman, Caring Pharmacy pernah disenaraikan pada Bursa Malaysia sebelum keluar pada Mei 2020 ekoran pengambilalihan oleh 7-Eleven.

Pada ketika itu, 7-Eleven dikatakan melancarkan tawaran am mandatori untuk membeli Caring Pharmacy pada harga RM2.60 sesaham.

Dalam pada itu, laporan keuntungan bersih 7-Eleven bagi suku pertama berakhir 31 Mac 2022 (1QFY22) melonjak 2 kali ganda dari RM11.77 kepada RM24.38 pada asas tahunan.

Lonjakan tersebut telah disumbangkan oleh prestasi memberangsangkan kedai serbaneka dan rangkaian farmaseutikalnya.

Hasil suku tahunan 7-Eleven juga meningkat 27.8% pada RM839.98 juta daripada RM657.13 juta pada 1QFY21 yang sebahagian besarnya disumbangkan oleh waktu dagangan yang lebih panjang.

Pada sisi berbeza, dagangan saham 7-Eleven dikatakan mempunyai 5 sasaran ‘buy’ dan 1 ‘hold’ dengan harga sasaran antara RM2.05 dan RM1.48.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat