CBDC & Stablecoin Penting Untuk Masa Hadapan! – CEO Visa

142

“Memang la penting tapi banyak orang selalu bersikap endah tak endah je.”

Alfred Kelly, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) syarikat gergasi perkhidmatan kewangan Visa berkata kepada para pemegang saham bahawa stablecoin dan mata wang digital bank pusat (CBDC) bakal memainkan peranan penting pada masa hadapan.

Menurutnya, Visa telah menjalankan pelbagai inisiatif dalam teknologi blockchain selain melabur sejumlah dana dalam beberapa syarikat yang tawarkan perkhidmatan kripto.

Hal ini kerana, Kelly sungguh yakin bahawa ia bakal memainkan peranan bermakna dalam sistem pembayaran kelak.

Sedia maklum, stablecoin dapat menyelesaikan masalah ketidakstabilan harga, di mana Tether (USDT) merupakan stablecoin terbesar mengikut modal pasaran dengan volum transaksinya lebih tinggi berbanding kripto lain.

Sementara CBDC pula adalah mata wang digital dikeluarkan oleh kerajaan yang akan dibina melalui blockchain

Suka dimaklumkan bahawa naib pengerusi Federal Reserve (Fed) Lael Brainard menyatakan sokongannya dalam pelancaran CBDC di Amerika Syarikat (AS) yang membekalkan ekosistem kewangan digital selamat.

Dalam pada itu, Visa telah memeterai perjanjian bersama syarikat blockchain, ConsenSys untuk mengembangkan CBDC yang berpotensi mewujudkan pembayaran berasaskan stablecoin

Selain itu, Visa berpandangan e-dagang, pembayaran mudah alih dan teknologi blockchain mampu berkembang pesat sekiranya CBDC mahupun stablecoin dilaksanakan secepat mungkin oleh sesebuah negara. 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat