CEO MicroStrategy – Pertukaran Aset Kepada Bitcoin Akan Jadi Satu ‘Trend’!

897

Ketua Pegawai Eksekutif MicroStrategy, Michael Saylor baru-baru ini lantang bersuara mengenai kepentingan kripto pada masa akan datang. Beliau berpendapat matawang fiat akan mengalami malapetaka dalam 8-10 tahun akan datang dan syarikat pada ketika itu akan menukarkan matawang tunai kepada Bitcoin.

Syarikat MicroStrategy ini menjadi tumpuan dunia kripto apabila syarikat tersebut membeli Bitcoin secara besar-besaran pada Ogos yang lalu. Pengasasnya, Michael Saylor juga terkenal sebagai penyokong tegar matawang kripto.

Dalam wawancara beliau bersama CNN bagi membincangkan langkah yang diambil oleh Tesla, beliau menyatakan bahawa perkara itu adalah suatu yang telah dijangka. Pandemik telah mengubah bagaimana masyarakat melihat dunia. Bank Pusat mula mencetak lebih banyak wang fiat dan syarikat semakin kehilangan kuasa membeli. Justeru segelintir syarikat telah menukarkan sebahagian pegangan aset mereka kurang berprestasi kepada bitcoin.

Selain itu, MicroStrategy baru-baru ini juga turut menubuhkan panel pendidikan dalam syarikat bagi mendidik para pekerja mengenai potensi yang ditawarkan oleh Bitcoin dan kenapa mereka harus mengubah simpanan tunai kepada Bitcoin.

Bitcoin kini menjadi aset kripto terbesar di dunia kini lebih berharga daripada syarikat gergasi Facebook dan Tesla. Jumlah pasaran Bitcoin telah melepasi $ 870 bilion pada hari Selasa selepas melonjak 20% yang didorong oleh pelaburan Tesla ke dalam matawang kripto sebanyak $ 1.5 bilion.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat