Chiliz (CHZ) – Platform Sukan Yang Terkemuka Di Dunia?

354

Chiliz, mata wang digital terkemuka untuk platform sukan dan hiburan berasaskan teknologi blockchain buat peminat sukan berinteraksi dan mendapat imbuhan melalui portal Socios.com. CHZ merupakan non-fungible token (NFT) dimana menjadi medium pembayaran jual beli Fan Tokens.

Antara pasukan terkemuka yang telah bekerjasama dengan mereka dalam menawarkan ‘Fan Token’ adalah seperti Barcelona FC (BAR), Juventus (JUV), Paris Saint-Germain (PSG), Manchester City (CITY) AS Roma (ASR), Galatasaray (GAL) dan Atletico de Madrid (ATM).

Selain sukan bola sepak, mereka juga telah menjalin kerjasama dengan UFC.

Chiliz mula menggegarkan pasaran pada akhir 2020 apabila bekerjasama dengan Binance untuk melancarkan token AC Milan (ACM) bagi pasukan bola sepak AC Milan pada 24 Februari yang lalu. Pelancaran itu sekaligus menghasilkan keuntungan $6 juta bagi ekosistem CHZ.

Meneliti carta pergerakan harga CHZ/USDT.

Pada awal bulan Mac 2021, harga CHZ mencetuskan kenaikan harga yang agresif meroket lebih 1,700% sehingga ke paras ketinggian sepanjang masa (ATH) di paras harga $0.89.

Kenaikan harga tersebut berlaku susulan pengumuman daripada CEO, Alexandre Dreyfus berkaitan peruntukan sebanyak $50 juta untuk projek mengembangkan operasi ke Amerika Syarikat (AS) untuk bekerjasama dengan liga tempatan dan francais sukan.

Dari pandangan sudut teknikal, CHZ menyaksikan pergerakan harga yang lemah dan masih berusaha untuk menembusi zon SBR sekitar $0.30 dimana zon tersebut adalah sukar untuk ditembusi bagi CHZ seiring dengan kelembapan kripto kini.

Sekiranya pergerakan harga CHZ berjaya menembusi paras rintangan $0.27-$0.33 tersebut, tumpuan seterusnya adalah menuju zon SBR (support become resistance) sekitar $0.40 sebelum membuat kenaikan ke paras yang lebih tinggi.

Namun, jika pergerakan harga CHZ terus mengekalkan pergerakan harga yang lemah, paras sokongan $0.20 bakal diuji terlebih dahulu untuk jangkaan membuat rebound atau terus mengekalkan trend bearish.

Ketika penulisan, CHZ didagangkan pada $0.22, susut 4.30% dengan nilai pasaran lebih $1.2 bilion dalam tempoh 24 jam.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat