China Sertai COVAX, Janji Utamakan Vaksin Kepada Negara Miskin

312

China berbesar hati untuk memastikan vaksin COVID-19 yang bakal diedarkan diterima juga oleh negara-negara membangun dalam satu perjanjian yang ditandatangani pada hari ini.

COVAX, pelan penyelarasan yang diketuai oleh Pakatan Vaksin Global (GAVI) merupakan satu perjanjian mendapatkan vaksin kepada negara-negara miskin, memintas perlumbaan negara-negara kaya yang menyebabkan bekalan vaksin terhad.

Walau bagaimanapun, sehingga kini negara itu masih belum bergabung dengan usaha yang dijalankan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dalam menangani wabak tersebut.

China tidak mendedahkan jumlah peruntukan bagi usaha tersebut. Namun, mereka menyasarkan dana sebanyak $2 bilion dengan janji untuk mengedarkan vaksin kepada 92 negara miskin termasuk negara berpendapatan rendah.

Beijing pada waktu yang sama meluahkan harapan terhadap negara-negara besar dapat bersatu, menyertai perjanjian tersebut.

Ekoran daripada kegagalan mengawal penularan wabak koronavirus, Beijing berhadapan dengan kritikan luar.

Maka mungkin disebabkan itu, China berusaha mengubah semula persepsi masyarakat dunia terhadap mereka, termasuk membuktikan kejayaannya dalam mengendalikan wabak di sempadan negara.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat