Covid-19 Melonjak 50% Di Australia, Apa Reaksi AUD?

197

Australia tampaknya tidak dapat melepaskan diri dari cengkaman wabak Covid-19 selepas negeri berpopulasi paling tinggi di negara itu mencatatkan jumlah harian tertinggi dua bulan pada Selasa.

New South Wales (NSW) yang kini bersedia untuk mengangkat semua langkah sekatannya, merekodkan 804 jangkitan Covid-19 baharu pada Isnin, melonjak 50% daripada hari sebelumnya.

Ini merupakan catatan terbesar pernah direkodkan sejak awal Oktober, iaitu apabila bandar Sydney berada di bawah sekatan untuk memerangi varian delta.

Sementara itu, Victoria juga berdepan tekanan untuk mengekang penularan terbaru pandemik, di mana jangkitan harian berlegar sekitar 1,200 kes.

Dagangan dolar Aussie pada mulanya merosot susulan laporan tersebut, tetapi kembali meningkat pada awal sesi Eropah selepas menguji paras harga 0.7100 berbanding US dolar.

Para pelabur kini menantikan laporan pekerjaan Australia yang akan diterbitkan pada hari Khamis, yang akan menunjukkan perkembangan pasaran buruh semasa di negara itu ketika sekatan mula diangkat beransur-ansur.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat