CPI Teras Jepun Naik 9 Bulan Berturut-Turut, Petunjuk Kepada Pemulihan Ekonomi Negara

107

Harga teras pengguna Jepun meningkat kepada 0.7% pada bulan September berbanding tahun lepas merekodkan peningkatan 9 bulan berturut-turut, memberikan harapan kepada bank pusat untuk melihat lonjakan inflasi ke arah 2 peratus dengan keadaan ekonomi yang semakin pulih.

Data ini penting dan akan menjeadi penelitian utama kepada Bank Pusat Jepun (BOJ) sebelum mengemas kini unjuran pertumbuhan ekonomi jangka masa panjang dan juga perkembangan harga menerusi laporan outlook BOJ pada minggu depan.

Indeks harga pengguna teras (Core CPI) seluruh Jepun yang tidak termasuk bahan makanan mentah meningkat sedikit perlahan daripada jangkaan median 0.8%. Walau bagaimanapun, harga penggunan masih naik 0.2% pada bulan September jika dibandingkan dengan bacaan pada tahun lalu.

Peningkatan ini mengukuhkan Yen berbanding matawang lain kecuali US dolar. USD/JPY naik 0.16% kepada 114.15 setakat jam 10.25 pagi

Harga teras pengguna di Tokyo dikeluarkan 1 bulan lebih awal sebelum laporan bacaan indeks bagi seluruh negara. Bacaan indeks CPI di Tokyo meningkat 0.6% pada bulan Oktober berbanding tahun lalu, dan lebih tinggi daripada jangkaan median yang melihat peningkatan sebanyak 0.5%. Inflasi di Tokyo meningkat dalam kadar lebih cepat sejak Mac 2015.

Pertumbuhan ekonomi di Jepun meningkat 2.5% pada suku tahun kedua didorong oleh perbelanjaan pengguna dan korporat yang turut naik. Ekonomi Jepun dijangkan akan terus stabil pada suku tahun seterusnya.

Walau bagaimanapun, pasaran masih bimbang dengan inflasi yang kekal di bawah sasaran 2 peratus BOJ serta kebimbangan syarikat-syarikat menganggu aktiviti perpebelanjaan pengguna sekiranya mereka menaikkan harga barangan. BOJ diramalkan akan terus mengekalkan kadar faedah dalam mesyuarat minggu hadapan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat