US Dolar Terus Mengkukuh Dengan Kelemahan Euro, Pound dan Yen

66

US dolar terus mengukuh pada dagangan Asia hari Jumaat selepas Yen ditekan dengan bacaan data inflasi yang kurang daripada jangkaan, dan euro yang terus menyusut akibat komen ‘tapering’ dan pound yang masih diselubungi isu Brexit.

USD/JPY naik 0.20% kepada 114.20, manakala EUR/USD susut 0.20% kepada 1.1629 dan GBP/USD jatuh 0.33% kepada 1.3117 setakat jam 9.30 pagi.

Inflasi teras harga pengguna (CPI) Jepun untuk bulan September naik 0.7%, namun lebih rendah daripada jangkaan yang meramalkan peningkatkan sebanyak 0.8%. CPI Jepun pula meningkat selari dengan jangkaan 0.7%.

Dolar mula mengukuh pada sesi lalu didorong oleh kelemahan Euro selepas kadar faedah ECB dan ucapan dovish Presiden ECB, Mario Draghi dalam sidang media semalam.

ECB mengumumkan bahawa mereka bersedia untuk mengekang ransangan monetari dengan mengurangkan pembelian bon sebanyak  €30 billion, namun akan melanjutkannya dalam tempoh 9 bulan sehingga September 2018.

Pengurangan pembelian ini selari dengan jangkaan kebanyakkan penganalisis, namun komen dovish Draghi telah mengejutkan pasaran.

“Keputusan hari ini adalah meneruskan program pembelian tanpa had yang muktamad, hal ini tidak akan berhenti secara mengejut. Kebanyakkan pemimpin mengutarakan pilihan mereka untuk meneruskan program ini tanpa sebarang penetapan had yang jelas.” kata Draghi dalam persidangan semalam.

Kenyataan bahawa bank pusat akan meneruskan program pembelian bon ini tanpa had yang ditetapkan telah menjejaskan jangkaan para pelabur yang melihat pengetatan polisi ini sebagai satu langkah bank pusat untuk mempertimbangkan tarikah tamat pembelian bon secara besar-besaran.

Kejatuhan mendadak euro berbanding dolar sehingga 175 pip pada sesi yang lalu telah menolak Indeks US dolar naik ke paras tertinggi 3 bulan lalu walaupun bacaan ekonomi US bercampur.

Pound juga melemah apabila kerajaan Briish mengatakan perutukan undang-undangan dalam Brexit akan diperdebatkan di dalam parlimen pada 14-15 November depan, yang mana dijangka akan melalui proses yang sukar serta akan menguji kuasa Perdana Menteri, Theresa May.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat