Cubaan Buat Kenaikan Gagal, EUR/USD Bakal Sambung Penurunan

608

Pelabur kekal berhati-hati untuk dagangan awal minggu dengan sentimen pasaran yang masih bercampur-campur.

Memerhati pergerakan bagi dagangan matawang utama, US dolar kembali pamer pengukuhan semula di sesi New York selepas bergerak pergerakan perlahan pasaran pada sesi Asia dan Eropah.

Pengukuhan US dolar dijangka tidak akan begitu ketara berikutan pelabur berwaspada menantikan ucapan Jerome Powell pada simposium Jackson Hole Khamis nanti.

Perkembangan penularan virus serta penghasilan vaksin akan terus dipantau pelabur bagi mengukur sentimen pasaran semasa yang akan mempengaruhi matawang utama khususnya US dolar.

Jika diperhatikan pergerakan harga pada carta pasangan matawang EUR/USD, harga pada mulanya memulakan dagangan awal minggu dengan kenaikan dari paras tumpuan 1.18000 sehingga ke paras ketinggian 1.18500, namun kembali catat penurunan semula.

Matawang Euro juga dilihat berisiko berikutan ekonomi utama di Eropah seperti Jerman, Sepanyol dan Perancis kembali mencatatkan peningkatan kes pandemik yang membimbangkan.

Pergerakan harga pada rangka masa 1 jam di carta EUR/USD melihatkan kenaikan harga melepasi paras halangan Moving Average 50 (MA50) di sesi Eropah sebelum harga kembali bergerak turun di bawah paras tersebut semula dan menutup dagangan sesi New York di bawah paras 1.18000.

Menyambung dagangan pada Selasa, harga pamerkan kenaikan pada kadar yang perlahan di sesi Asia menguji paras halangan MA50 di atas paras 1.18000.

Harga bakal membuat penurunan lebih rendah jika halangan tersebut gagal ditembusi dengan destinasi seterusnya adalah pada zon support 1.17200.

Namun jika kenaikan berjaya diteruskan, zon tumpuan pada 1.19000 bakal diuji harga sebelum menuju zon resistance di bawah paras 1.2000.

Pelabur akan memberi tumpuan pada data GDP Jerman serta data tinjauan iklim perniagaan di Jerman pada awal sesi Eropah yang akan mempengaruhi pergerakan matawang Euro.

Lihat gambar carta pasangan matawang EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat