Manusia Pertama Kena Covid-19 Dua Kali

288

Seorang lelaki warga Hong Kong dilaporkan dijangkiti semula Covid-19 selepas lebih empat bulan disahkan sihat daripada wabak berkenaan.

Lapor BBC memetik para saintis Hong Kong sebagai berkata, jujukan genom lelaki berusia 30-an itu menunjukkan dua jenis virus yang ‘jelas berbeza’, menjadikannya kes jangkitan semula pertama di dunia.

Sebelum ini, lelaki berkenaan dikuarantin selama 14 hari di hospital dan disahkan sembuh serta tidak menunjukkan sebarang simptom selepas itu. Namun, lelaki itu disahkan positif buat kali kedua selepas menjalani ujian air liur di lapangan terbang.

“Ini adalah contoh kes jangkitan semula yang jarang berlaku. Dan kes seperti ini tidak sepatutnya menjadi penghalang untuk membangunkan vaksin Covid-19.

“Sudah dijangkakan virus ini akan bermutasi secara semula jadi dari masa ke semasa,” kata profesor microbial pathogenesis di London School of Hygiene and Tropical Medicine, Brendan Wern.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) bagaimanapun memberi amaran orang ramai tidak boleh terlalu cepat membuat kesimpulan berdasarkan kes yang berlaku terhadap lelaki terbabit.

Menurut para pakar kesihatan, jangkitan semula jarang sekali berlaku dan tidak semestinya serius.

Jelas pakar kesihatan, mereka yang telah dijangkiti Covid-19 mempunyai sistem imun yang bertindak balas membantu melawan kembali virus sekiranya ia kembali menyerang.

Sistem tindak balas yang paling kuat ditemui pada pesakit yang mengalami masalah kesihatan yang serius.

Namun masih belum jelas sejauh mana kuatnya sistem imun terbabit atau berapa lama ia akan bertahan.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat