Dagangan Minyak Dijangka Berakhir Lebih Tinggi Minggu Ini

164

Dagangan minyak mentah kembali didagangkan stabil menjelang penghujung minggu setelah mencatat penyusutan susulan bacaan data pertumbuhan ekonomi Amerika Syarikat yang mengecewakan.

Pada sesi Asia, niaga hadapan minyak mentah Brent sedikit susut pada $106 setong manakala dagangan WTI Amerika Syarikat pula diniagakan pada $96 setong.

Bagaimanapun, kedua-dua penanda aras dijangka mengakhiri dagangan minggu ini lebih tinggi.

Bacaan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dilaporkan merosot 0.9% pada suku kedua daripada penguncupan 1.6% yang dicatatkan pada suku pertama dan meleset daripada jangkaan untuk meningkat 0.4%.

Ini sedikit membimbangkan pelabur tentang permintaan yang mungkin merosot jika ekonomi utama dunia terus melemah.

Sementara itu, pelabur kini mengalihkan tumpuan kepada mesyuarat Pertubuhan Negara Pengeksport Petroleum (OPEC) dan sekutu yang diketuai oleh Rusia, iaitu OPEC+ pada 3 Ogos.

Menurut laporan terbaru dari Reuters yang memetik kenyataan beberapa sumber, OPEC dikatakan akan mempertimbangkan untuk mengekalkan pengeluaran minyak tidak berubah untuk September apabila mereka bertemu minggu depan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat