Dagangan USD dan Euro Merosot, Sterling Bakal Mengekalkan Kenaikan Pada Penghujung Minggu Lalu

523

Matawang dolar USD didagangkan sekitar paras terendah enam minggu berbanding Yen pada awal permulaan dagangan minggu ini sementara pasaran masih gelisah berikutan faktor risiko kegawatan ekonomi di Amerika Syarikat. USD pada Jumaat didagangkan goyah apabila data pembuatan di Amerika Syarikat merosot membangkitkan kebimbangan pasaran terhadap kesihatan ekonomi, serta hasil bon perbendaharaan juga memberi isyarat menuju ke arah kegawatan.

Di samping itu juga, komen dovish daripada Federal Rerserve pada mesyuarat FOMC minggu lalu menambahkan lagi kegelisahan terhadap unjuran pertumbuhan global.

Pound Sterling pada Jumaat lalu menunjukkan peningkatkan pada nilai dagangannya di atas faktor kelemahan EURO selepas para pemimpin Kesatuan Eropah telah memberikan penangguhan masa selama dua minggu kepada Perdana Menteri Britain, Theresa May untuk membuat keputusan bagaimana harus Britain meninggalkan Kesatuan Eropah.

Euro pula terus diniagakan matawang paling merosot pada penghujung minggu lalu selepas data pembuatan di Jerman mencatatkan angka yang lebih rendah daripada jangkaan pasaran dan terus menimbulkan semula kebimbangan pertumbuhan ekonomi di Eropah.

Bacaan data tersebut juga mendorong indeks PMI ke paras terendah sejak Jun 2013 yang lalu. Tambahan lagi, aktiviti pada sektor perkhidmatan dan pembuatan yang perlahan juga turut dilaporkan di Perancis.

Kebimbangan para pelabur berterusan sejak bank pusat Eropah telah menurunkan unjuran pada awal bulan ini dan terbaru, EURO bakal terkesan berikutan kenyataan Presiden Donald Trump pada Rabu lalu seakan ingin mengancam hubungan dagangan.

Matawang komoditi dolar Kanada pula mengalami kejatuhan terkesan oleh data jualan runcit yang terus merosot untuk dua bulan berturut-turut. Data pertumbuhan GDP Kanada akan dikeluarkan pada Jumaat ini pula dan dijangka kadar pertumbuhan akan turut mengalami penurunan.

Namun, data inflasi di Kanada menunjukkan bacaan positif dengan kenaikan ke paras 0.7%, namun kadar inflasi tahunan dilihat masih berada rendah daripada sasaran bank pusat.

Terus ikuti perkembangan data-data ekonomi pada minggu ini pula serta isu-isu global untuk membantu anda merancang strategi dagangan yang berkesan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat