Dah Capai Paras Ketinggian Terbaru, GBP/USD Menjunam Semula

535

Pound Sterling pamerkan prestasi dagangan cemerlang di awal minggu apabila berjaya melonjak sebaik sahaja sesi pasaran Asia bermula pada Isnin.

Pada carta harga bagi pasangan mata wang GBP/USD juga dapat dilihat harga telah bergerak membuat kenaikan di atas paras 1.33000 sebelum ini sehingga menuju ke paras ketinggian 1.34000.

Harapan terhadap pengumuman rundingan Brexit pada minggu ini menjadi faktor menyokong pengukuhan Pound Sterling.

Ketua Perunding Brexit Kesatuan Eropah (EU) Michel Barnier menyatakan masih lagi terdapat perbezaan pendapat berterusan dalam rundingan namun kedua-dua pihak sedang berusaha untuk mencapai persetujuan.

Setelah kenaikan harga menghampiri paras 1.34000, pasaran dikejutkan dengan penurunan semula harga susulan pengukuhan US dolar di awal sesi New York.

Harga kembali menjunam sekitar 130 pips di bawah paras 1.33000 namun menutup dagangan sesi New York di atas paras tersebut semula.

Diperhatikan pada pergerakan di rangka masa 1 jam, paras Moving Average 50 (MA50) menjadi paras sokongan harga yang menghalang harga jatuh lebih rendah.

Pelabur akan kembali menantikan reaksi pasaran serta memantau sentimen semasa dalam menentukan arah pergerakan selanjutnya selepas pergerakan drastik harga semalam.

Kenaikan harga akan kembali menguji paras resistance 1.34000 untuk harga terus mencatatkan paras ketinggian terbaru sejak dagangan September lalu.

Namun jika harga berjaya membuat penurunan di bawah paras 1.33000 menembusi zon RBS (resistance become support) tersebut, penurunan harga dijangka akan menuju semula ke paras tumpuan 1.32000 sebelum ini.

Lihat gambar carta pasangan mata wang GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat