Dahsyat Penangan Inflasi Sampai 200 Pips GBP/USD Lompat

215

US dolar ketara menjunam selepas terbitan data inflasi Amerika Syarikat (AS) pada dagangan sesi New York semalam kembali membuka ruang semula untuk peningkatan mata wang utama yang lain termasuklah Pound.

Indeks harga pengguna AS pada bulan Julai menguncup lebih rendah berbanding jangkaan dengan bacaan tahunan menunjukkan penurunan kepada 8.5% lebih rendah daripada 9.1% bagi bulan Jun untuk rekod tertinggi 40 tahun. Data ini juga adalah lebih rendah berbanding paras inflasi untuk bulan Mei dan Jun lalu.

Petunjuk penurunan inflasi AS menunjukkan keberkesanan langkah pengetatan dasar oleh Federal Reserve (Fed) dan meningkatkan jangkaan untuk Fed meneruskan kenaikan 75 mata asas pada mesyuarat FOMC September, namun terdapat juga pandangan Fed akan memperlahankan kenaikan kadar faedah.

Tumpuan seterusnya akan terarah pula pada data indeks harga pengeluar (PPI) AS yang bakal diterbitkan pada sesi New York malam ini dengan jangkaan penurunan pada bacaan data terbaru.

Dan pada penghujung minggu pula, barulah pelabur memberi perhatian untuk terbitan data keluaran dalam negara kasar UK untuk menilai pertumbuhan ekonomi United Kingdom (UK) yang bakal mempengaruhi pergerakan Pound pada sesi-sesi akhir dagangan minggu ini.

Mengukur nilai pergerakan harga pada carta GBP/USD, harga dilihat telah mempamerkan pergerakan drastik semalam selepas reaksi pasaran terhadap terbitan data inflasi AS tersebut.

Harga dilihat telah berjaya membuat lonjakan 200 pips dan menembusi paras halangan tumpuan pada 1.22000 sehingga mencapai paras ketinggian sekitar 1.22750.

Namun selepas lonjakan harga tersebut berlaku, harga kembali menyusut bagi untuk menutup dagangan lebih rendah semula menuju ke zon 1.22000 dan harga kekal berlegar di sekitar tersebut bersambung sehingga ke dagangan sesi Asia pagi ini (Khamis).

Sekiranya kenaikan harga tersebut berjaya diteruskan, harga dilihat akan melonjak dari zon 1.22000 dengan sasaran untuk menuju pula zon rintangan tumpuan pada 1.23000 selepas mengatasi paras ketinggian yang dicapai semalam.

Kenaikan harga yang berjaya melepasi rintangan tersebut pula dilihat bakal menguji paras tumpuan seterusnya pada ketinggian 1.24000 untuk catatkan paras ketinggian terbaru 8 minggu.

Namun jika penurunan harga dipaparkan pada dagangan hari ini, harga bakal dijangka untuk susut menuju ke paras 1.21000 semula dan menguji paras sokongan Moving Average 50 (MA50) untuk pelabur menilai isyarat perubahan trend bagi pergerakan harga selanjutnya.

Penurunan yang lebih rendah diteruskan akan mensasarkan ke paras 1.20000 yang menjadi zon tumpuan buat harga dimana turut diuji pada terjunan harga penghujung minggu lalu, namun harga masih belum berjaya tembusinya untuk ke paras lebih rendah.

Lihat gambar carta harga pasangan GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat