Dasar Ekonomi Trump Turut Jadi Topik Perbincangan Hangat diantara Pemimpin EU

75

Menurut Chancellor Jerman iaitu Angela Merkel, Presiden Bank Pusat Eropah Mario Draghi sempat membincangkan prospek program rangsangan ekonomi AS dibawah pentadbiran Trump semasa rundingan dengan pemimpin-pemimpin EU pada Khamis,

Kata Merkel kepada pemberita di akhir sidang kemuncak EU, dasar ekonomi itu dianggp penting dengan turut mengambil kira keputusan kadar faedah di AS. Antara perkara yang diberi tumpuan dalam perbincangan tersebut termasuklah jangkaan terhadap jenis pelaburan yang akan dilaksanakan oleh Trump serta jenis program yang bakal diterapkan ke dalam ekonomi AS.

Namun, kesemua pemimpin EU berpendapat untuk kekal tunggu dan lihat terhadap rancangan yang bakal dibentangkan oleh Trump kelak.

Dalam masa yang sama, Merkel juga merancang untuk membincangkan rancangan Greek dengan Perdana Menteri negara itu apabila bertemu di Berlin pada Jumaat depan.

Beliau akan mengadakan perbincangan yang dianggap kritikal disamping merujuk kepada mekanisme untuk menyelamatkan ekonomi Zon Euro tersebut walaupun pada awalnya tiada niat untuk mencampuri urusan Greece.

Keuntungan US Dollar Mula Perlahan Dalam Sesi Eropah!

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat