Data Ekonomi Sektor Pembuatan UK Meningkat Pada Selasa

462

Matawang GBP meneruskan kenaikannya berbanding beberapa matawang utama yang lain pada Selasa selepas data PMI sektor pembuatan dikeluarkan pada pukul 4.30 petang Selasa.

Data PMI yang dikeluarkan oleh IHS Markit naik daripada 55.0 kepada 55.1 pada Mac. Jangkaan untuk data kali ini adalah kejatuhan kepada 54.8 berikutan musim salji yang melanda UK pada Mac.

Bacaan di atas 50 menunjukkan aktiviti sektor pembuatan yang berkembang di UK dan sebaliknya jika bacaan mencatat bacaan di bawah 50. Data ini penting untuk dilihat kerana sampel tinjauan data yang melibatkan sehingga 600 orang pengurus purchaising.

Matawang GBP membuat sedikit kenaikan selepas data ini dikeluarkan terutamanya berbanding USD, Euro dan Yen.

Sektor pembuatan UK banyak mendapat manfaat selepas referendum Brexit pada 2016, yang menyaksikan matawang GBP jatuh menjunam sekaligus menjadikan produk pembuatan UK menjadi lebih murah.

Dari segi ekonomi secara keseluruhan, kadar pengangguran telah berkurangan ke paras terendah 4.3% walaupun kadar penyertaan tenaga buruh semakin bertambah. Bank of England (BoE) juga menunjukkan bukti bahawa kadar gaji semakin meningkat.

Hal inilah yang menjadi sebab kenapa penganalisis pasaran menjangka BoE akan terus menaikkan kadar faedahnya di masa akan datang. Faktor utama bagi bank pusat menaikkan kadar faedah juga adalah INFLASI yang kini berada di tahap tertinggi.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat